Pentingnya Kerjasama dalam Kehidupan

Colleagues giving a fist bump

Manusia sebagai makhluk sosial pasti akan memerukan bantuan dari orang lain, manusia tidak biasa hidup sendirian kerana asalnya memang manusia amat saling bergantung antara satu sama lain. Disebabkan itu dalam kehidupan sangat penting untuk memupuk kerjasama yang baik.

Kerjasama merupakan kegiatan yang dilakukan antara sesama manusia untuk mencapai tujuan bersama, dengan kerjasama seseorang akan lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu disebakan kita memiliki rakan untuk bertukar fikiran bagaimana sesuatu yang kita kerjakan itu dapat berjalan dan terselesaikan dengan cepat dan dengan hasil yang maksima. Di dalam kerjasama terdapat nilai-nilai yang sosial iaitu:

 

1.       Menghargai pendapat orang lain

Di dalam kerjasama sangat penting untuk  mendengar pendapat dari rakan kerja kita, dengan pendapat-pendapat tersebut kita dapat memperbaiki atau menambah apa yang kurang untuk diperbaiki, sehingga kita akan lebih cepat menyiapkan kerja yang diberi. Penting bagi kita untuk mendengarkan pendapat orang lain kerana itulah gunanya kerjasama, iaitu saling bertukar pikiran antar patner atau rakan.

2.       Tanggungjawab

Di dalam melakukan sesuatu antar rakan memiliki tanggungjawab kepada pekerjaan dan rakannya yang lain untuk memberi konstribusi dalam menyelesaikan pekerjaannya, untuk mendapatkan hasil yang maksimal dan menyelesaikan pekerjaannya dengan tepat waktu. Seseorang tidak akan membiarkan rakannya bekerja sandiri, mereka akan merasa bertanggungjawab untuk mengerjakan pekerjaan itu kerana mereka adalah sepasukan, tidak ada pasukan yang melakukan pekerjaan tanpa ada kerjasama antar rakan yang satu dengan rakan yang lainnya, itulah bentuk tanggungjawab mereka di dalam tim.

 

3.       Kebersamaan

Orang yang bekerjasama akan merasa dirinya memiliki rasa kebersamaan, tidak akan memutuskan sesuatu dengan pihak sebab mereka sedar bahawa mereka adalah sepasukan, sesuatu yang dilakukan dan dihasilkan itu adalah keputusan bersama, tidak akan ada rasa lebih berkuasa mendominasi apabila semuanya sama, sehingga tidak akan terjadi saling menyalahkan apabila pekerjaannya itu tidak dapat diterima atau tidak memenuhi hasil yang diinginkan.

4.       Kepedulian

Kerjasama akan menumbuhkan sikap peduli untuk membantu rakannya yang mengalami kesusahan dalam mengerjakan pekerjaannya, peduli antar sesama yang sedang mengalami kesusahan.

Kerjasama yang baik akan menghasilkan hasil yang lebih baik, seseorang didunia ini tidak biasa hidup sendiri, manusia itu saling memerlukan. Kerjasama yang baik adalah kerjasama yang mengutamakan komunikasi yang baik antar pasukan, komunikasi yang baik ini menjadi faktor utama kerana di dalam kerjasama penting berkongsi pendapat atau pertukaran pendapat. Ingat didalam hidup ini ada waktu kita tersesat dan memerlukan seseorang untuk membantu kita, disebakan itu kita sebagai  manusia hendaklah bersikap saling menghargai antara sesama sehingga jika kita memerlukan sesuatu, akan ada orang dengan senang hati akan membantu kita. 

 

Sumber: Kompasiana