Pekerjaan Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah

Pelbagai perkerjaan boleh dilakukan dari rumah tanpa haru keluar ke pejabat. Jika anda kehilangan kerja atau ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa menggunakan modal yang tinggi, ini adalah 12 perkerjaan yang anda boleh cuba sebagai karier anda.

 

1. Penulis Content (Copywriting)

Jika anda pandai ‘mengayat’ pembaca untuk membeli atau menyukai sebuah jenama maka copywriting adalah untuk anda. Copwriting adalah penting untuk menarik perhatian ‘target audience’ untuk mengenali sesebuah jenama yang di iklankan serta memberi impak yang akan diingati ramai untuk masa jangka yang lama.

 

2. Pereka Grafik dan Multimedia.

Kesemua perniagaan memerlukan servis grafik biarpun restoran, klinik, kerete insurans. Grafik adalah penting untuk mengekalkan identiti sesebuah jenama termasuk memberi maklumat kepada pembeli melalui informasi. Biarpun secara digital atau fizikal, kesemua perniagaan memerlukan kad bisnes, risalah, logo dan pelbagai maklumat lagi yang harus direkakan untuk menarik lagi perhatian orang.

 

3. Menulis E-Book atau Webcomic

E-book dan Webcomic Mitosia

Sumber: facebook.com/mitosia.my/

Menulis e-book tidak kisah lah sama ada fiksyen, autobiography atau pengalaman sendiri, anda boleh menjual penulisan anda secara online.  Menerbitkan buku secara online tidak menggunakan kos yang tinggi untuk mencetak seperti buku fizikal, malah anda juga boleh promosikan penulisan anda sendiri. Jika anda lebih suka melukis komik, anda boleh menjual cerita anda dengan langgangan di webtoons.

 

4. Pengurus Jenama

Sesetengah syarikat hanya pandai membuat perniagaan tetapi tidak mengtahui bagai mana hendak membuat jenama mereka melekat di dalam ingatan orang awam dan pasaran sasaran. Pengurus jenama juga akan menolong dengan ‘tema & intonasi penulisan’ dan konsep pendekatan kepada orang awam yang sesuai dengan identiti syarikat tersebut.

 

5. Pengubal Barangan Kustom

Kasut yang di kustom secara unik

Jika anda seorang yang kreatif dan mempunyai skil seni yang luas, anda mampu mengubahsuai sesuatu barangan untuk menciptakan ‘identiti’ sendiri. Barangan kustom dijual lebih tinggi kerana ia adalah unik dan rekaanya hanya ada sedikti atau satu di dunia. Banyak barang yang boleh dikustomkan seperti kasut, meja hiasan, controller video game, model permainan dan macam-macam lagi.

 

6. Pengurus Media Sosial

Kebanyakan syarikat kecil yang baru bermula tidak dapat dan mempunyai pengalaman mengurus posting media sosial mereka dan memerlukan bantuan. Jika anda pandai menulis dan menguruskan posting di pelbagai platform sosial media seperti Instagram, Twitter, Facebook atau LinkedIn sekali gus, cuba lah nasib anda.

 

7. Microstock Gambar

Hobi fotografi dan skil mencantikkan gambar boleh di jual secara online sebagak fotostok. Pelbagai website megambil foto stok dan dibeli oleh syarikat-syarikat lain digunakan secara sah tanpa melanggarkan akta hak cipta. Pelbagai jenis stock photo diperlukan walaupun ia sekadar gambar pinggan kosong atau tong sampah yang penuh. Anda juga boleh menjual/membeli plug-in efek untuk photo sebelum di upload ke laman stock dari Shopee.

 

8. Penterjemahan Bahasa

Jika anda pandai menulis serta bertutur lebih dari 3 bahasa, cubalah untuk mencuba menjadi pengalih bahasa. Lebih banyak bahasa yang anda mengusai, lagi tinggi bayaran diberikan. Menterjemahkan komunikasi secara dinamik atau statik sambil mengekalkan konteks, kandungan secara neutral. Mengenal pasti dan menyelesaikan salah faham makna dengan cepat dan bijak sambil mengekalkan isi konteks. Anda boleh mengalih bahasa dari segi sari kata, buku, brosur informasi dan lain lain lagi.

 

9. Kraftangan

Membuat kraftangan adalah salah satu hobi paling kebiasaan yang boleh menjana ekonomi. Dari membuat selimut menggunakan benang biri-biri, set alas peralatan dapur, bantal dan pelbagai. Ada juga yang membuat barang perhiasan dan perkakasan rumah dari kertas, resin dan tanah liat yang boleh digunakan dalam hidup harian.

 

10. Pereka Laman Web

Pereka laman web menggunakan perisian komputer untuk menyampaikan maklumat sesebuah syarikat kepada pelanggan di dalam internet. Laman web yang direka mengandungi informasi produk dan syarikat tersebut dengan kesenangan navigasi serta sesuai dengan tema dan konsep syarikat. Pelbagai jenis laman web boleh direka menggunakan playform WordPress, Wix, HTML dan pelbagai lagi.

 

11. Memasak Makanan

Tiada lagi benda yang membahagiakan dari perut yang kenyang dari masakan yang sedap. Jika anda pandai memasak, membuat kuih muih, kek, masakan tempatan atau asing, ambilah peluang ini untuk membuat sebagai kerja sampingan atau penuh untuk menjana pendapatan.  Anda juga boleh menjual menu dan resipi anda kepada orang ramai.

 

12. Penulis Transkrip

Penulis transkrip bertujuan untuk menulis segala dialog atau perbualan secara penulisan. Transkrip digunakan untuk merakam proses mahkamah, mesyuarat perniagaan, dan bahkan sebagai rakaman program radio, filem dan televisyen. Tugas ini melibatkan mendengar audio dan menterjemahkannya kepada teks bentuk panjang, mengkaji draf transkripsi bertulis, dan berhubung dengan pelanggan untuk memastikan mereka gembira dengan dokumen akhir.

 

13. Menjahit

Servis menjahit seperti langsir, baju tradisional, kerja ataupun ‘cosplay’ amat diperlukan dalam kalangan masyarakat. Ada juga klient yang memerlukan perubahan kepada pakaian mereka seperti menambah renda, labuci atau memotong bahagian yang terlalu panjang serta mengubah potongan. Skil dan kekemasan menjahit boleh menjadikan anda dikehendaki oleh pelanggan, tambahan dengan penambahan assesori kepada kain tersebut membuat sebuah pakaian atau barangan yang lebih unik.

 

14. Pereka Muzik Jingle

Jingle adalah lagu atau bunyian tema kepada sesebuah jenama. Ia juga sering dijadikan sebagai lagu iklan atau latar belakang yang pendek. Jingle boleh direka menggunakan memain alat muzik atau ‘Digital Audio Workstation’ (DAW). Mencipta bunyian yang unik terhadap sesuatu syarikat haruslah mencuit minda serta sesuai dengan konsep syarikat tersebut.