Mitos Pemakanan Yang Pelik: Bolehkah Ia Membunuh Anda?

Makanan penting untuk memastikan kita hidup sihat. Pada masa kini GMO dan makanan yang diubah suai telah menjadi sebahagian dalam kehidupan kita. Mari kita lihat mitos mengenai beberapa makanan yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia moden.

 

Menghidu Popcorn Boleh Membunuh Anda

Bahagian terbaik apabila makan popcorn adalah menikmati aroma mentega hangat selepas keluar dari kuali atau alat ketuhar anda. Pada tahun 2003, seorang lelaki makan 2 beg popcorn sehari, setiap hari selama 10 tahun sehingga beliau di diagnos dengan Obliterative Bronchoitis ‘Pop Corn paru-paru’, yang menybabkan kapilari paru-paru menjadi keras. Rupa-rupanya popcorn komersil mempunyai bahan kimia yang disebut Diacetyl yang mengakibatkan masalah ini.

Kes ini bukanlah yang pertama, pada tahun 2000, sekumpulan pekerja dari syarikat pembuatan popcorn mempunyai simptom yang sama disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap Diacetyl. Sejak itu pengeluar popcorn komersial mengeluarkan Diacetyl dari resipi mereka. Mereka bahkan meletakkan tanda amaran untuk tidak menghidu beg popcorn setelah dibuka sehingga dimasak.

 

Makan Mi Segera Menyebabkan Kanser

Seorang lelaki di Taiwan telah memakan mi segera selama 4 tahun hampir setiap hari ketika beliau belajar diwaktu malam. Sehingga suatu hari, beliau mula sakit perut yang kronik. Ibu bapanya membawa beliau ke hospital lalu mendapat berita buruk dimana beliau disahkan menghidap barah perut tahap 4.

Pada awal kajian menunjukkan bahawa salutan lilin yang membuat mi tidak mengembang dan saling melekat mungkin menjadi penyebab utama akan tetapi lilin gred makanan terurai dengan cepat di dalam badan anda. Diakhir kajian mendapati, lelaki itu bukan sahaja selalu makan mi segera, malah makan banyak makanan proses selain mi segera yang mengandungi tinggi natrium dan mempunyai sejarah keluarga menghidap barah kolon. Setakat ini, tidak ada bukti yang kukuh dari penyelidikan saintifik yang menunjukkan bahawa lilin dalam mi segera adalah penyebab barah perut.

 

MSG Berbahaya

MSG atau monosodium glutamat adalah penambah rasa dan perencah yang biasa ditambahkan ke dalam makanan. The Food and Drug Administration, FDA telah mengklasifikasikan MSG sebagai bahan makanan yang “umumnya dikenali sebagai selamat,” tetapi penggunaannya tetap kontroversial kerana banyak orang mengatakan bahawa MSG menyebabkan sakit kepala dan tekanan darah tinggi.

MSG meningkatkan rasa gurih dengan mengaktifkan deria tertentu di lidah kita yang meningkatkan rasa ketika kita memakannya. Orang Jepun menyebut fenomena ini sebagai ‘Umami’, sebuah sensasi rasa yang berkaitan dengan rasa. Sejak sekian lama, umami tidak dikenali sebagai rasa asas seperti yang kita pelajari dalam buku ujian sains. MSG dan umami dianggap sebagai perkara yang sama walaupun, sebenarnya MSG adalah aditif yang menjadikan umami terasa lebih kuat, seperti menambahkan garam ke makanan untuk membuat makanan terasa lebih masin. Kembali kepada MSG yang menyebabkan sakit kepala dan tekanan darah, adakah ini benar?

Pada tahun 1968 ketika The New England Journal of Medicine menerbitkan jurnal berjudul “Chinese Restaurant Syndrome” yang ditulis oleh seorang doktor yang mengalami kekebasan di bahagian belakang leher, kelemahan dan jantung berdebar setelah makan di sebuah restoran Cina. Dengan menguji tikus dengan memberi dos MSG yang berlebihan berbanding dengan nisbah tubuh manusia, jumlah MSG yang tepu telah meninggalkan rekod buruk dalam ujian mereka. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa MSG tidak menyebabkan kesakitan seperti yang dilaporkan selain meningkatkan rasa makanan. Tujuan awal MSG adalah untuk menjadikan rasa makanan yang menyihatkan lebih enak, kerana ia juga membantu mereka yang kurang selera untuk makan cukup untuk kekal sihat dan makan dengan lebih baik sambil mengelakkan kekurangan zat makanan.

Marjerin Lebih Baik Daripada Mentega Untuk Menurunkan Risiko Penyakit Jantung

Produk marjerin yang berasaskan minyak tumbuhan lebih bermanfaat untuk jantung kita, kebanyakannya mengandungi lebih tinggi lemak tak tepu dari jumlah lemak tepu yang tidak sihat yang banyak terdapat dalam mentega. Semasa proses pembuatan marjerin iaitu Hidrogenasi, menukar minyak tumbuhan yang tinggi lemak tak tepu boleh menyebabkan penghasilan lemak trans. Jenis lemak ini meningkatkan risiko penyakit jantung seseorang kerana meningkatkan kadar kolesterol “buruk” dan menurunkan tahap kolesterol “baik” dalam tubuh badan.

Mentega mengandungi banyak lemak tepu yang menyumbat arteri, dan marjerin mengandungi gabungan lemak tepu dan trans yang tidak sihat, jadi pilihan yang paling sihat adalah mengurangkan kedua-duanya dan menggunakan minyak cair, seperti minyak zaitun, canola dan minyak bunga matahari. Sekiranya anda masih memilih untuk menggunakan antara marjerin dan mentega, apa yang perlu anda perhatikan adalah jumlah lemak trans anda kurang dari 0.5g lemak trans setiap 100g.

 

Makanan semula jadi dan organik lebih sihat daripada makanan yang diproses.

Lebih sihat adalah benar tetapi selamat? Mungkin tidak. Kita tahu makanan organik tidak menggunakan racun perosak, oleh itu jika anda tidak mencuci bahan mentah anda dengan betul, anda mungkin akan termakan serangga kecil ke dalam perut anda. Ramai mengatakan marjerin lebih baik daripada mentega tetapi marjerin adalah makanan yang diproses. Terdapat perbezaan antara makanan yang diproses dan bahan pertanian organik dari segi ‘bahan kimia’ tetapi kebanyakan orang sebenarnya tidak memahami perbezaan antara menambahkan atau membuang bahan kimia sintetik dan kimia semula jadi, tetapi pada akhirnya, kedua-dua masih merupakan bahan kimia yang memberikan reaksi apabila menemui enzim di dalam badan kita. Sebilangan tumbuhan mempunyai sifat toksik dan berbahaya bagi manusia dan haiwan, oleh itu pakar pemakanan menghilangkan sifat tersebut dengan membuangnya secara sintetik.

Buah-buahan dan sayur-sayuran segar, jika tidak disimpan dengan betul mungkin kehilangan nutrien mereka dengan cepat. Fitokimia, antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kadang kala lebih banyak terdapat pada makanan yang diproses. Kepanasan yang digunakan semasa proses pengetinan dapat meningkatkan kadar likopen, yang dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat. Memakan apa apa sahaja di dalam kandungan berlebihan daripada jumlah yang diperlukan untuk badan anda boleh mengundang keburukan, biarpun vitamin, garam, lemak atau apa-apa sahaja. Kedua-dua makanan yang diproses dan makanan organik sepenuhnya mempunyai kebaikan dan keburukannya, perkara terbaik untuk anda lakukan adalah mengetahui apa yang anda masukkan ke dalam badan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, baca artikel kami di sini.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang anda makan! Sekiranya anda berminat dengan makanan dan komposisi di dalamnya, terokai kejuruteraan makanan di MyCompass jika anda ingin mencipta alternatif yang lebih sihat untuk orang di sekitar anda!

 

Sumber: straitstimes.com, Brew, Medical News Today, Unsplash