Menyambut Aidil Adha Sambil Memutuskan Rantai Jangkitan COVID-19

Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini lebih meriah dari Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu kerana perjalanan antara negeri tidak dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi mereka sekarang boleh melakukannya untuk Hari Raya Aidiladha, jatuh pada hari Jumaat ini.

Menteri Senior (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak ada larangan perjalanan antara negeri atau antara daerah. Rakyat Malaysia dibenarkan untuk kembali ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Namun rakyat diingatkan untuk mematuhi S.O.P ketika musim raya ini.

Antara peraturan yang harus di patuhi oleh rakyat

  1. Memastikan jarak antara pelawat dan tuan rumah mestilah 1 meter.
  2. Memakai pelitup muka ketika melawat dan berada di tempat awam.
  3. Tidak berhimpun secara bersesak.
  4. Duduk dirumah jika anda sakit seperti demam, selsema atau batuk atau dalam tempoh pemulihan kesihatan.
  5. Kuarantin diri jika baru pulang dari luar negara sehingga 14 hari dan membuat penyaringan mengikut tarik dijadualkan.

Apabila sedang menjalankan ibadah korban, beberapa peraturan telah dtetapkan untuk dikuti

  1.  Menghadkan 20 orang di kawasan pengorbanan
  2. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan hadir
  3. Mengambil suhu badan dan mengamalkan sanitasi tangan
  4. Memakai penutup muka dan sarung tangan
  5. Petugas dan para hadirin haruslah tidak bergejala.
  6. Merekodkan kehadiran menggunakan MySejahtera atau merekod secara manual atau mengikut aplikasi negeri.

 

Jika peraturan dilanggar akan dikenakan saman RM 1,000 seorang. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah  berkata pada 23 Julai 2020, kadar nilai R0 atau ‘R naught’ adalah 1.36 dan jika ia meningkat lebih daripada 1.6, semakin tinggi peluang untuk orang ramai dijangkiti. Jika jumlah kes mula untuk mencecah 3 angka, kemungkinan besar Malaysia akan pulang ke pengawalan PKP.

Marilah kita sama-sama menjaga antara satu sama lain dan menyambut Aidil Adha dengan selamat dan gembira. Selamat merentas desa dan Salam Aidiladha

Source: Astroawani.com