Menjaga Diri Dari Cov-19 Dengan ‘Self Lockdown’

Jumlah peningkatan kes Covid-19 seluruh Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor semakin membimbangkan dimana kita telah memecah rekod jangkitan tertinggi pada 6,805 kes pada 20 Mei 2021.

Sumber: Bernama

3 varian covid-19 terbaru yang berasal dari Afrika selatan (B.1351), United Kingdom (B.117) dan India (B.1.617.1) telah dikesan di Malaysia. Varian ini lebih senang dijangkiti dengan kadar kematian yang lebih tinggi. Lebih merisaukan, varian ini tidak menunjukkan simptom yang ketara seperti batuk atau selsema namun ia mampu merebak ke paru-paru. Mereka yang terjangkiti akan mula merasa sakit sendi, lemah dan hilang selera makan pada selepas hari ke 3 dijangkiti.

Dengan ini kita seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri dari dijangkiti wabak ini, mari kita bersama sama mengamalkan ‘Self-Lockdown’ yang seperti dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Isi minyak kenderaan tangki penuh setelah pulang dari keluar membeli barangan. Apabila sampai di rumah, pastikan anda membuang pelitup muka dengan betul dan mandi untuk memastikan anda tidak membawa pulang kesan-kesan Covid-19 sebelum berjumpa ahli keluarga atau rakan serumah. Solat berjemaah 5 waktu di rumah sendiri bersama ahli keluarga kepada warga muslim. Cuba untuk mengelakkan menziarah orang dan mempelawa tetamu.

Mengambil langkah-langkah sanitasi dan mengikuti SOP dengan ketat dapat mengelakkan kita dari terjangkiti varian baru yang lebih membahayakan. Kita seharusnya sentiasa berwaspada dan mengambil contoh dari negara negara lain yang lalai sehingga mengakibatkan jumlah kematian meningkat dengan merisaukan.

Di India, kini baru mula reda dari 414,000 kes jangkitan pada 8 Mei kepada 202,000 kes harian hari ini. Lebih dari 3 juta orang terjangkiti di dalam tempoh seminggu menggesakan lagi usaha kerajaan India untuk vaksinasi rakyat mereka secepat mungkin.

Manakala di Jepun, gelombang ke-4 wabak ini telah memaksa penangguhan Olimpik Tokyo setelah tempoh darurat dipanjangkan lagi kepada 31 Mei sejak 12 April lalu. Bilik ICU di daerah Osaka dan Hyogo penuh mengakibatkan ramai rakyatnya yang dijangkiti Cov-19 tidak mempunyai alat bantuan pernafasan dan meninggal dunia di rumah.

Mari kita sama-sama berusaha memutuskan rantai penularan Cov-19 dengan berada di rumah. Amalkan SOP sentiasa dan berjumpa doktor jika anda berasa bergejala.

Sumber: Kyodo News, Indian Express