Makan Sebab Lapar atau Nafsu? Bagaimana Cara Pemakanan Impak Otak Kita

Sumber: Freepik

Sumber: Freepik

Para penyelidik dari Baylor College of Medicine mendapati bahawa walaupun otak mengenali cara pemakanan sama ada untuk kepuasan diri atau sedang kelaparan, (melalui neuron yang menghasilkan serotonin di bahagian otak tengah) setiap jenis makanan yang disambungkan oleh rangkaian tersebut secara tersendiri tidak mempengaruhi jenis pemakanan yang lain.

Sering kali kita makan, bukan kerana kita lapar, tetapi kerana tekanan sosial atau makanannya sungguh menyelerakan, sehingga walaupun sudah kenyang, kita mahu tambah atau makan lagi kerana terlalu sedap.

Makan secara berlebihan, sama ada disebabkan oleh kelaparan atau nafsu makan itu sendiri, biasanya menyumbang ke arah obesiti yang mempengaruhi 42% orang dewasa di Amerika Syarikat dan 50% di Malaysia. Sebuah pasukan antarabangsa yang diketuai oleh penyelidik di Baylor College of Medicine menyiasat melalui model haiwan, bagaimana otak mengatur cara pemakanan yang dicetuskan oleh rasa lapar atau faktor lain dalam mencari rawatan yang berkesan untuk mengekang masalah obesiti.

Diketuai oleh Dr. Yong Xu, profesor pediatrik – pemakanan dan biologi molekul dan selular di Baylor, pasukan itu mendapati bahawa walaupun otak mengatur kedua-dua jenis tingkah laku makan melalui neuron penghasil serotonin di otak tengah, setiap jenis pemakanan disambung oleh litar tersendiri yang tidak mempengaruhi jenis cara pemakanan yang lain. Para penyelidik juga mengenal pasti dua reseptor serotonin dan dua saluran ion yang dapat mempengaruhi tingkah laku makan, membuka kemungkinan bahawa modulasi aktiviti mereka dapat membantu mengatur makan secara berlebihan. Salah satu litar meluas ke hipotalamus, sementara yang lain dilancarkan ke kawasan lain di otak tengah. Litar ini memainkan peranan yang sangat berbeza dalam pengawalan pemakanan. Kajian ini ditulis dalam jurnal Molecular Psychiatry.

“Kami mendapati bahawa litar utama yang menghala ke hipotalamus mengatur pemakanan yang disebabkan oleh rasa lapar”, kata Xu. “Litar lain mencetus aktviti otak tengah utama pemakanan tanpa kelaparan. Otak kita mengenali dua jenis tingkah laku pemakanan secara berbeza.”

 

Salah satu litar meluas ke hipotalamus, sementara yang lain dilancarkan ke kawasan lain di otak tengah.

Penyumbang lain dalam karya ini merujuk kepada cara mengenal pasti potensi sasaran molekul yang berkaitan dengan litar yang digunakan untuk mengatasi makan berlebihan.

“Salah satu sasaran yang berpotensi adalah reseptor serotonin, yang merupakan molekul yang merangsang fungsi serotonin neurotransmitter yang dihasilkan oleh neuron,” jelas Xu.

“Kami mendapati bahawa terdapat dua reseptor, reseptor serotonin 2C dan reseptor serotonin 1B, terlibat dalam kedua-dua jenis tingkah laku pemakanan. Data kami menunjukkan bahawa menggabungkan sebatian yang ditujukan kepada kedua-dua reseptor mungkin menghasilkan manfaat sinergis dengan menghadkan pemakanan.”

Penemuan ini mendorong para penyelidik untuk melakukan kajian masa depan untuk mengenal pasti lebih banyak molekul yang dapat memodulasi aktiviti saluran ion untuk menghasilkan kesan anti-makan berlebihan pada model haiwan. “Kami juga ingin meneroka bagaimana faktor luaran yang berkaitan dengan pemakanan dapat mempengaruhi fungsi saluran ion pada tahap molekul,” kata Xu.

Jadi dengan ini, kita hendaklah berhati-hati dengan cara pemakanan kita agar tidak menyumbang kepada statistik obesiti yang semakin bertambah. Makan pada waktu yang tepat dan tidak berlebihan. Kita boleh makan makanan yang lazat apabila kita teringin memakan sesuatu yang ‘istimewa’ tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang sederhana. Bersama kita melawan obesiti dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Sumber: Science Daily Malaysia Kini