Kulit adalah Kanvas Badan Anda

Kulit merupakan organ terbesar di badan kita, malah ia juga merupakan organ pertama yang menghalang dari badan kita dari dijangkiti penyakit dan melindungi kita daripada mikrob dan kekotoran luar, membantu mengawal suhu badan, dan membenarkan sensasi sentuhan, panas dan sejuk. Hari ini, MyCompass akan berkongsi 7 pekerjaan yang berkaitan dengan penjagaan dan kecantikan kulit.

1. Pakar Dermatologi

Derma dalam bahasa saintifik merujuk kepada kulit. Dermatologist adalah pakar kulit yang mengkaji kesihatan kulit, rambut, kulit kepala dan kuku pesakit. Pakar dermatologi juga boleh mengkhususkan diri dalam bidang yang lebih terperinci, termasuk dermatologi pediatrik dan dermatopatologi, kajian penyakit yang berkaitan dengan keadaan dermatologi. 

Kursus terlibat: Diploma in Dermatology 
Tempoh: 3 tahun


2. Pakar Kosmetik

Pakar kosmetik membantu menambah baik penampilan wajah, rambut atau kulit pelanggan menggunakan solekan dan rawatan kecantikan dengan menggunakan prosedur kosmetik, terapi dan rawatan. Disiplin khusus dalam kosmetologi termasuk penggayaan rambut, pemakaian solekan, penjagaan kuku (manikur dan pedikur), dan rawatan kecantikan lain.

Kursus terlibat: Diploma in Beauty Management
Tempoh: 3 tahun


3. Pakar Estetik

Pakar Estatik atau dikenali sebagai ahli terapi kecantikan, ialah profesional terlatih yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan, termasuk rawatan muka yang disesuaikan mengikut jenis kulit, waxing, urutan muka dan juga rawatan laser. Mereka yang mengikuti laluan kerjaya ini biasanya memilih beberapa prosedur yang mereka mahir dan fokus pada jurusan tersebut. Kerjaya ini sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti yang melibatkan praktikal, mengenalpasti masalah dan penyelesaian.

Kursus: Professional Diploma daam Perubatan Estetik
Tempoh: 1 – 2 tahun

 

4. Pembangun Produk Penjagaan dan Kecantikan Kulit

Pembangun produk penjagaan kulit bertanggungjawab mencipta dan menguji produk baharu untuk rangkaian kecantikan. Jadi, jika anda benar-benar meminati formula, tekstur dan keupayaan sesebuah produk, ini adalah pekerjaan yang ideal dalam pembuatan produk penjagaan kulit dan kosmetik. Anda juga boleh membangunkan produk tersendiri untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit tertentu.

Kursus: Sarjana di dalam Dermatologi
Tempoh: 8 tahun

 

5.  Pakar Bedah Kosmetik dan Pembinaan Semula (reconstruction)

Pakar bedah kosmetik membantu pelanggan mengubah estetika mereka dengan menjalani rawatan pembedahan. Untuk berjaya dalam bidang ini, anda perlu menjalani pengajian dan latihan selama bertahun-tahun sebelum anda boleh mengendalikan pesakit anda sendiri. Pakar bedah kosmetik dan pembinaan semula adalah penting untuk mengembalikan keyakinan serta keupayaan bahagian muka.

Kursus: Sarjana dalam Surgeri kosmetik
Tempoh: 8 tahun


6. Jurusolek

Sumber: freestocks on Unsplash

Jika anda gemar bereksperimen dengan solekan dan mengikuti trend kecantikan, kerjaya sebagai artis solek mungkin sesuai untuk anda .Juru solek yang terlatih dan berpengalaman bekerja di salon kecantikan, perkahwinan dan acara. Penting untuk jurusolek mempunyai alat solekan tersendiri untuk menyolek pelanggan mereka.

Kursus: Sijil dalam Solekan
Tempoh: 3 bulan – 6 bulan

 

7. Jurusolek SFX

Jurusolek kesan khas atau dikenali sebagai jurusolek SFX menggunakan alat solek dan prostetik untuk menghasilkan semula luka, kecacatan, kedutan atau ciri-ciri ghaib. Jurusolek SFX menggabungkan penguasaan solek filem asas dengan pengetahuan teknik solek SFX lanjutan untuk kesan yang lebih dramatik. Kebanyakan jurusolek SFX berkerja di dalam bidang filem dan teater untuk menampilkan lakonan seseorang lebih meyakinkan dengan karekter mereka.

Kursus: Sijil dalam solekan kesan khas
Tempoh: 6 bulan

 

Penjagaan kulit menjadi sebahagian ruti harian kita untuk memastikan kulit kita sentiasa terjaga. Jika anda ingin mengetahui lebih tentang karier yang berkaitan dengan kulit, daftar bersama MyCompass dan terokai kebolehan anda!

Sumber: Labor Market Info,