Kredit Karbon: Matawang Yang Lebih Bernilai Dari Duit

Bayangkan 100 tahun akan datang, nilai duit tidak dapat menandingi nilai kurniaan persikitaran yang bersih dan sihat. Apa guna menjadi kaya raya jika manusia harus hidup menghidu asap toksik dan air tercemar?

Kita menjana terlalu banyak karbon monoksida (CO2) sehingga tumbuhan hijau tidak mampu menukarkan kepada oxygen, maka menyebabkan penyakit serta pencemaran alam yang banyak seperti pencairan ais di kutub. Disebabkan itu, 184 negara telah sain perjanjian untuk menurunkan kadar pengeluaran pencemaran.

Program karbon kredit ini diakreditasi oleh Environmental Defense Fund (Dana Pertahanan Alam Sekitar) untuk mengurangkan pelepasan sulfur dioksida dari loji tenaga arang batu, yang menyumbang  kepada “hujan asid” terbesar yang terkenal pada tahun 1980-an.

Kredit karbon adalah sijil atau permit yang boleh diperdagangkan yang mewakili hak untuk mengeluarkan satu tan karbon dioksida atau jumlah yang setara dengan gas rumah hijau yang berbeza.

Setiap syarikat besar yang mengeluarkan pencemaran secara besaran mempunyai had untuk melepaskan pencemaran kepada bumi. 1 kredit karbon membenarkan syarikat tersebut melepaskan 1 tan pencemeran setahun. Jika syarikat tersebut tidak melangkaui had ditetapkan, mereka akan dipampas sebagai tanda penghargaan. Syarikat yang kurang mengeluarkan pencemaran boleh menjual kredit mereka kepada syarikat yang telah melampaui had supaya mereka tidak perlu membayar saman yang lebih berat kepada kerjaan atas pencemaran dari industri tersebut.

Anda juga boleh memperoleh kredit karbon dengan menanam pokok yang banyak dan menggunkan applikasi yang menjejaki banyak mana karbon anda telah melepaskan.

Sumber: Investopedia.com