Ketahui Jenis Jenayah Siber

Jenayah siber terdiri dari pelbagai cara, dan oleh itu sukar untuk melawan. Pada masa kini, semua peranti digital termasuk komputer, tablet dan telefon pintar disambungkan ke internet. Secara teorinya, penjenayah siber boleh menghentikan sebahagian besar akiviti-aktiviti penting negara secara atas talian. Kerajaan sewajarnya memandang serius jenayah siber, dan bekerja keras untuk memeranginya.

Segala jenis maklumat sama ada benar atau palsu, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam bil jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada peruntukan di bawah akta itu yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. Tetapi ini tidak bermaksud aktiviti jenayah yang dijalankan melalui internet dapat dilepaskan sebegitu sahaja.

Berikut adalah jenis-jenis kesalahan siber yang kerap berlaku kepada rakyat Malaysia.


1. Phishing / pancingan data

Phishing atau pancingan data menggunakan mesej e-mel palsu untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada pengguna internet. Lalu, maklumat tersebut digunakan atas tujuan jualan atau di ekspoitasikan,

Dengan menipu penerima e-mel supaya mempercayai bahawa mesej itu adalah sesuatu yang mereka inginkan atau perlukan seperti permintaan daripada bank atau nota daripada seseorang dalam syarikat mereka, penerima akan klik pautan atau memuat turun lampiran yang disediakan dalam emel tersebut.

Apa yang benar-benar membezakan emel pishing dari emel tulen ialah bentuk mesej yang diambil: emel phishing menyamar sebagai entiti yang dipercayai, selalunya orang sebenar atau boleh dipercayai, atau syarikat yang mungkin berurusan dengan mangsa seperti bank, badan kerjaan, syarikat telefon dan lain lain lagi.

Ia merupakan salah satu jenis serangan siber tertua, sejak tahun 1990-an, dan ia masih merupakan salah satu yang paling meluas dan merosakkan. Cara mesej ditulis serta teknik terbaru, pancingan data menjadi semakin canggih.


2. Kecurian Identiti

Menyalahgunakan maklumat peribadi dengan mencuri identiti seseorang termasuk menggunakan gambar orang lain dengan menggunakan nama palsu. 

Kecurian identiti berlaku apabila seseorang mencuri maklumat peribadi anda untuk melakukan penipuan. Pencuri identiti mungkin menggunakan maklumat anda untuk memohon kredit, memfailkan cukai atau mendapatkan perkhidmatan perubatan. Tindakan ini boleh merosakkan status kredit anda, dan memerlukan masa dan wang untuk memulihkan nama baik anda.

Jika anda telah memberi maklumat peribadi anda kepada sesebuah pihak, anda harus membaca kesemua syarat dan terma serta akui akan Personal Data Protection Act (PDPA) iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi untuk menghidari diri dari di eksploitasi.


3. Penggodaman

Penggodaman atau lebih dikenali sebagai ‘hacking’ dijalankan dengan menutup atau menyalahgunakan laman web atau rangkaian komputer dengan mengenal pasti dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem tersebut. 

Penggodaman tanpa akses atau kebenaran dari pemilik adalah sebuah jenayah yang terjatuh bawah Seksyen 5, Akta Jenayah Komputer 1997. Namun sebegitu, Penggodaman Beretika adalah mengenai meningkatkan keselamatan sistem komputer dan/atau rangkaian komputer dan tidak salah dari sisi undang-undang.

 

4. Menyebarkan kebencian dan menghasut keganasan

Menyebarkan berita yang mengandungi kebencian seperti bermain sentimen agama dan perkauman, serta bersifat keganasan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam susulan tindakan mana-mana pihak. Menyebarkan maklumat atau berita berunsur hasutan melalui media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Hasutan 1948.

 

5. Pengedaran Pornografi Kanak-kanak

Pengedaran, pengeluaran dan tontonan pornografi kanak-kanak serta ‘Child grooming’ iaitu membuat dan mengajar perkara seksual kepada kanak-kanak di bawah umur secara atas talian adalah kesalahan besar mengikut Seksyen 4 hingga 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 

Apa yang sebenarnya merujuk kepada pornografi kanak-kanak ditetapkan dalam Bahagian 4, yang secara amnya meliputi semua bentuk media visual, pendengaran atau bertulis. Oleh itu, ia bukan sahaja termasuk video atau gambar lucah, tetapi klip audio dan dokumen bertulis juga.

 

6. Salinan cetak rompak

Pengedaran serta pencetakan sesebuah kandungan atau perisian yang tidak dibenarkan oleh pencipta atau pemilik adalah salah satu kesalahan siber yang merugikan dan memberi impak berat terhadap kewangan negara. Di atas sebab muat turun kandungan lokal, kerugian tahunan disebabkan jenayah itu dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada industri media dan hiburan kita.


Sesawang internet membuka sempadan kepada ilmu dan berita namun masih ramai menyalahgunakan dengan berkongsi maklumat yang tidak sahih serta menipu dan menjalankan aktiviti haram. Sebagai pengguna, kita haruslah sentiasa berwaspada dan merepotkan aktiviti yang mencurigakan demi kebaikan rakyat bersama.

 



Jika anda ingin memerangi masalah jenayah siber dan berminat di dalam bidang keselamatan siber sebagai seorang analis kesalamatan siber, mari terokai kebolehan anda bersama kami di MyCompass.

 

Sumber: Netherlands Government, Portal Rasmi KPDNHEP, Wikipedia, Harian Metro