Kesan Wabak Dan Penyakit Lain Ketika Covid-19 Menular

Ketika seluruh dunia sedang melawan kejangkitan COVID-19, beberapa penyakit lain telah menurun dengan jayanya dan ada juga penyakit yang meningkat secara bahaya.

Atas kesan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan yang optimal dijadikan tabiat rakyat Malaysia, selain dari penurunan kes COV-19, secara tidak lansgung penyakit berjangkit yang lain turun secara mendadak dibandingkan pada tahun 2020. 3 jenis penyakit berjangkit yang berisiko tinggi terhadap kanak-kanak iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), cacar air (measles) dan demam campak menurun hampir kepada setengah.

Disebabkan taska, pusat penjagaan kanak-kanak dan bayi mengurangkan pertemuan antara kanak-kanak, ini tidak bermaksud kanak-kanak harus mengetepikan vaksin immunisasi demi membina ‘herd immunity’ yang lebih kuat untuk melawan jangkitan 3 penyakit tersebut.

Namun sebegitu, disebabkan kurang aktiviti gotong royong serta rakyat kurang peka akan persekitaran di luar rumah mereka, kes demam denggi semakin mencanak. Majoriti kes Denggi menyerang Lembah Klang dan bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Seremban dan bandar besar lain.

Sebanyak 48,584 kes denggi dan 84 kematian telah dilaporkan pada tahun ini sahaja. Berdasarkan pola kes Demam Denggi selama 5 tahun sebslum ini, Kementerian Keshiatan Malaysia (KKM) meramalkan peningkatan kes Demam Denggi gelombang kedua bakal melanda antara awal Jun sehingga September 2020.

Bagi mengelakkan lagi peningkatan kes Denggi rakyat haruslah lebih peka kepada persekitaran. Punca utama pembiakan Denggi adalah penetasan telur nyamuk Aedes yang membiak di permukaan air bertakung terutamanya di dalam tangki dan lubang tandas, lebih lebih lagi apabila ia dibiarkan di premis yang masih tutup seperti sekolah dan tadika.

Periksa akan kawasan perumahan anda supaya tiada sampah atau struktur yang menakung air dan mempunyai jentik-jentik membiak. Rakyat juga boleh mula bergotong royong sambil mengamalkan penjarakan sosial ketika mengemas persekitaran awam atau rumah.

Selain daripada pencegahan COVID-19, adalah penting agar kita dapat juga melakukan aktiviti pencegahan denggi dan menyediakan tahap keselamatan dan persekitaran yang baik sebelum warga kerja sekolah dan murid kembali ke sekolah. Marilah kita bersama mengamalkan penjagaan kebersihan yang baik dan mengikut penjarakan sosial menjadi budaya baru masyarakat setempat.

Sumber: kpkesihatan.com