Kenapa Anda Perlu Ujian Swab (Swab Test) Walaupun Tidak Bergejala?

Dalam usaha membendung penularan Covid-19, antara langkah paling penting adalah mengenal pasti pesakit yang dijangkiti dengan secepat mungkin, agar mereka boleh diasingkan daripada mereka yang tidak dijangkiti dengan menjalani ujian swab (swab test)

Individu yang menunjukkan gejala-gelaja Covid-19 seperti demam, selesema, batuk dan sesak nafas perlu melakukan ujian swab (swab test) untuk mencegah penularan Covid-19. Walaubagaimanapun, individu yang tidak menunjukkan gejala Covid-19, anda disarankan menjalani ujian swab (swab test)  untuk mencegah penyebaran berlaku.

Berikut adalah individu yang disarankan menjalani ujian swab (swab test) :

1.Jika anda mempunyai kontak rapat bersama pesakit yang di sahkan positif Covid-19.

Walaupun anda tidak mempunyai gejala, anda perlu melakukan ujian swab (swab test) dan kuarantin diri anda selama 14 hari untuk mencegah penyebaran penyakit Covid-19 kepada orang sekeliling anda. 

Di bawah adalah kategori kontak rapat yang disenaraikan oleh KKM:

  • Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
  • Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
  • Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
  • Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.

2. Merentas negeri atau daerah dari zon merah ke zon hijau dan pulang dari luar negara.

Jika anda daripada negeri atau daerah zon merah ingin merentas ke zon hijau, anda disarankan untuk melakukan ujian swab (swab test) dan mengkuarantin diri anda selama 14 hari walaupun anda tidak mempunyai gejala covid-19. Tambahan pula, jika anda baru sahaja pulang dari luar negara, anda perlu menjalani ujian swab (swab test) sebelum berlepas pulang ke Malaysia dan setelah tiba di Malaysia, anda harus menjalani proses kuarantin anda selama 14 hari di tempat kuarantin yang telah disediakan. Ini merupakan cara pencegahan penyebaran Covid-19 di negeri atau daerah yang bebas dari kes Covid-19 dan dapat mengurangkan kes Covid-19 di negara Malaysia.

3. Para pekerja dan pelajar 

Jika anda bekerja ditempat yang mempunyai ramai bilangan pekerja dan yang berada di zon merah, anda di sarankan untuk melakukan ujian swab (swab test). Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi pekerja-pekerja warga asing yang bekerja di sektor pembinaan dan pengawal keselamatan, mereka diwajibkan untuk menjalani ujian swab (swab test). Sebagai majikan yang bertanggung jawab, mereka perlu menyediakan dan menjalani ujian swab (swab test) terhadap pekerjanya. 

Selain itu, jika anda pelajar yang ingin ke institusi pengajian, anda disarankan melakukan ujian swab (swab test) terutamanya jika pelajar dari zon merah. Ada sesetengah institusi pengajian telah menyediakan ujian swab (swab test) untuk pelajar. Hal ini, untuk memastikan pengesanan awal jangkitan itu bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu di tempat kerja dan institusi pengajian. Ia adalah bagi memastikan status diri supaya tidak merbahaya kepada pihak lain.

Kesimpulannya, ada sesetengah individu yang tidak mempunyai gejala juga merupakan pesakit positif Covid-19 kerana kita tidak dapat menyangka walaupun tidak bergejala, penyebaran Covid-19 akan berlaku kepada orang lain. Oleh itu, kita harus peka dengan keadaan sekeliling dengan menjaga jarak dan patuhi SOP yang telah ditetapkan, tidak pergi ke tempat yang sesak dan keluar rumah apabila perlu. Marilah bersama-sama kita mencegah penularan wabak covid-19 di negara kita., pepatah mengatakan ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

Sumber: malaysiakini.com, astroawani.com, astrowani.com