Kenali Vaksin-Vaksin Cov-19 Anda Yang Dikaji oleh Ahli Virologi

Para saintis dan ahli virologis bertungkus lumus untuk menghasilkan vaksin untuk mengekang penularan Cov-19. Kebiasaannya vaksin mengambil masa bertahun untuk dihasilkan tetapi disebabkan Cov-19 juga mempunyai perlbagai persamaan dengan SARS, kini pakar-pakar virologi dan ahli penyelidik berjaya menghasilkan vaksin untuk menangani pandemik ini.

Apakah Vaksin?

Vaksin adalah sejenis ubat yang melatih sistem imuniti tubuh sehingga dapat melawan penyakit yang tidak pernah dijangkiti sebelumnya. Vaksin direka untuk mencegah penyakit, bukannya merawat penyakit setelah anda dijangkiti.

Vaksin pertama yang diciptakan adalah untuk merawat penyakit ‘Smallpox’ atau dikenali sebagai cacar pada 1796 oleh Edward Jenner seorang doctor di Britain. Beliau menunjukkan dengan cara inokulasi, dengan sengaja menjangkitan diri dengan virus cacar yang ringan mampu menguatkan kekebalan imuniti terhadap virus cacar yang boleh djangkiti serta meragut nyawa.

Bagaimana vaksin diciptakan?

Virologi adalah disiplin saintifik yang berkaitan dengan kajian biologi virus dan penyakit virus, termasuk penyebaran, biokimia, fisiologi, biologi molekul, ekologi, evolusi dan aspek klinikal virus.

Wabak SARS 2002–2004 adalah wabak yang melibatkan Sever Acute Respitory Syndrome (SARS) atau dikenali sebagai sindrom pernafasan akut teruk yang disebabkan oleh koronavirus yang mengkakibatkan lebih 8,000 orang dari 29 negara berbeza dijangkiti, dan sekurang-kurangnya 774 mati di seluruh dunia.

Virus yang menyebabkan SARS dikenal sebagai SARS-CoV.1-, sementara virus yang menyebabkan COVID-19 dikenal sebagai SARS-CoV-2 dan jenis-jenis coronavirus lain berkongsi simptom yang sama di mana ia melumpuhkan daya pernafasan.

Coronavirus mempunyai unjuran runcing di permukaannya yang kelihatan seperti mahkota. Corona bermaksud “mahkota” dalam bahasa Latin, lalu keluarga virus ini mendapat nama mereka. Disebabkan kedua-dua Cov-19 dan SARS dikategorikan sebagai coronavirus, kajian untuk vaksin untuk Cov-19 dapat dipercepatkan kerana ia berkongsi sifat virus yang sama.

Vaksin dihasilkan untuk Cov-19 berasaskan dari penyelidikan SARS sebelum ini yang mengandungi serpihan kecil organisma penyebab penyakit atau “blue-print”.

Jenis-jenis Vaksin Cov-19

Tidak semua vaksin bertidak dengan cara yang sama, jenis vaksin Cov-19 diperbuat menggunakan kaedah mRNA dan Vektor Adenovirus.

Kaedah mRNA digunakan oleh Syarikat Pfizer dan Moderna. Vaksin asid ribonukleat (RNA) atau vaksin messenger RNA (mRNA) menggunakan ‘salinan’ virus cov-19 yang diubah untuk menghasilkan tindak balas imun dengan mengubah molekul RNA sintetik ke dalam sel imuniti. Kaedah terbaru ini merupakan salah satu pencapaian yang tertinggi didalam bidang sains dan perubatan namun penyimpanan vaksin ini lebih rumit kerana ia perlu disimpan pada suhu bawah -70 darjah celcius untuk memastikan vaksin tersebut efektif.

Vektor Adenovirus digunakan oleh kebanyakan syarikat pengeluar vaksin seperti Aztra Zeneca, Sinovac dan lain-lain dimana ia berfungsi dengan menggunakan vektor virus Cov-19 yang diubah suai untuk menyampaikan bahan genetik yang menukarkan antigen yang diinginkan ke dalam sel inang penerima. Kebanyakan vaksin menggunakan kaedah vektor virus, direka untuk tidak membiak kerana gen yang diperlukan untuk membiak dikeluarkan. Vaksin ini lebih senang untuk dihasilkan serta boleh disimpan pada suhu 2-8 darjah celcius.

Kedua-dua vaksin ini mempunyai Cov-19 yang digubah bertujuan untuk imuniti badan kita mengenali Cov-19 dan berlawan tanpa mendapat kesan sampingan yang teruk.

Keberkesanan Vaksin Cov-19

Mengikut kajian yang terdekat dilaporkan oleh Healthline, keberkesanan vaksin dari syarikat lain-lain tidak seharusnya dibandingkan mengikut nombornya kerana masa dan jenis varian Cov-19 ketika kajian dilakukan berbeza dari setiap syarikat. Yang penting adalah jika vaksin ini dapat menghentikan penularan dengan mencapai imuniti kelompok sebanyak 75% serta mengurangkan risiko untuk kerosakan organ jika dijangkiti Cov-19 dan kematian.

Pfizer: 95% keberkesanan dalam mencegah jangkitan pada orang yang tidak mempunyai jangkitan sebelumnya.

Moderna: 94.1% berkesan untuk mencegah jangkitan simptomatik pada orang yang sebelumnya tidak dijangkiti jangkitan koronavirus.

Johnson & Johnson: 72% keberkesanan keseluruhan dan 86 peratus keberkesanan terhadap penyakit teruk.

AstraZeneca: 76% berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit simptomatik setelah kedua dos dan 100% berkesan terhadap penyakit yang teruk. Syarikat itu juga telah menyatakan kadar keberkesanan 86% untuk mencegah jangkitan Cov-19 kepada orang yang berusia lebih dari 65 tahun.

Jika anda meminati bidang dunia perubatan dan penyelidikan genom atau virologi, anda boleh cuba menceburi bidang kejuruteraan perubatan dan menjadi pakar virologis atau penyelidik genom. Ingin tahu jika anda padan untuk mengambil bidang sains perubatan dengan anda? Mari terokai potensi anda di MyCompass.

Sumber: Healthline.com, Futurity.org