Majoriti ibu bapa terlepas pandang terhadap suasana di rumah yang juga memainkan peranan penting terhadap tumbesaran anak-anak terutamanya dari segi emosi mereka.
1. BINA STRUKTUR UNTUK SEMUA AKTIVITI ANAK ANDA
Pelbagaikan aktiviti anak anda dengan 3 kategori permainan iaitu permainan berfungsi, permainan membina dan permainan olok-olok.
Rasa ingin tahu dan imaginasi kreatif kanak-kanak akan membuatkan mereka bermain tanpa mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga kategori ini.
2. TUKAR PERKARA NEGATIF KEPADA POSITIF & MEMBANGUN
Tidak semua perkara jadi seperti yang dirancang. Seringkali terjadi di mana anda sudah berjanji akan membawa anak-anak ke tanam tetapi tiba-tiba hujan.
Jelaskan dengan mudah kepada anak anda mengapa sesetengah perkara perlu dibatalkan. Cuba sibukkan mereka dengan aktiviti lain supaya anak tidak berasa sedih.
3. TERAPKAN ADAB SOPAN DALAM DIRI ANAK
Biasakan anak anda untuk sentiasa menyebut perkataan “tolong” ketika hendak meminta bantuan dan ucapkan “terima kasih” jika dibantu. Tabiat murni ini akan sebati dalam diri anak anda dalam jangka masa yang panjang
4. KEMBANGKAN SKIL & ASAH BAKAT ANAK
Perhatikan minat anak dan berikan kebebasan kepada anak untuk mengeksplorasi minat mereka. Tapi, ibu bapa harus bimbing dan beri dorongan sepenuhnya. Elakkan memaksa anak-anak untuk pelajari sesuatu yang ibu bapa suka.
Anda digalakkan untuk beri mereka peluang untuk mencuba tetapi harus mengambil kira minat mereka juga. Sebagai contoh belajar musik, sukan, belajar bahasa asing dan lain-lain.
5. BERTENANG & SENTIASA BERKOMUNIKASI
Sekiraya apa-apa kejadian berlaku, ibu bapa hendaklah bertenang dan sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak memendam perasaan.
Ketika berkomunikasi, eye contact memainkan peranan penting! Melalui eye contact, anda dapat tahu emosi dan memahami emosi anak. Bukan hanya sekadar melihat dan mendengar tetapi juga untuk memahami ye!