Hobi Dapat Menolong Mendaki Tangga Karier Anda

Hobi adalah aktiviti yang memerlukan skil yang sering seseorang meluangkan masa melakukannya ketika waktu senang. Setiap seorang semestinya mempunyai sekurang-kurangnya satu hobi tersendiri.

Meluang masa membuat hobi biarpun dari segi kreatif, bermain game stratergi, aktiviti lasak, mengumpul dan pebagai jenis hobi lagi dapat menolong anda dalam pelbagai aspek dalam hidup dan kerja. Orang yang mepunyai hobi dapat menyatakan sifat terpendam malah mencungkil bakat baru serta sfat sifat positif yang tersemai dalam hobi tersebut.

 

Memberi keyakinan untuk berkomunikasi

Di dalam tenaga kerja, anda memerlukan keyakinan untuk terus maju, dan banyak hobi dapat membantu meningkatkan harga diri anda. Salah satu kaedah terbaik untuk membina kalangan profesional anda adalah melalui hobi. Menghadiri kelas senamrobik, mengikuti kelas kraf atau menyertai kelab buku boleh membolehkan anda bertemu dengan profesional lain yang berkongsi minat anda, dan anda boleh bercakap dengan mereka pada tahap yang lebih menyenangkan.

Apabila anda mempunyai lebih kenalan dan keyakinan berkomunikasi, sifat ini akan mendororang anda untuk lebih yakin ketika anda pergi ke kerja atau temu ramah.

Menenangkan minda dan hati dari kerja atau stress

Apabila anda meluangkan masa anda membuat kerja yang disukai, secara tidak langsung ia juga membuat anda gembira dan motivasi di tempat kerja lalu mendorong anda untuk membuat kerja dengan lebih dedikasi. Melakukan aktiviti turut memberi rasa kepuasan mencapai sesuatu.

Ia juga penting untuk keseimbangan kerja dan kehidupan. Salah satu faedah terbesar adalah mempunyai hobi yang sesuai dengan jadual. Anda lebih cenderung melakukan, jika anda mempuyai jadual atau waktu terluang yang konsisten. Ini turut menunjukkan anda memntingkan pembahagian masa yang menyihatkan.

Menjadikan skill untuk diletakkan dalam resume

Mengatasi hobi yang mencabar seperti menyelesaikan maraton yang melelahkan adalah cara yang dijamin untuk mengagumkan diri anda dengan bakat dan kemampuan yang tidak pernah anda ketahui, dan ini menunjukkan bagaimana anda menghadirkan diri di tempat kerja. Mempelajari kemahiran baru yang diperlukan untuk menghadapi cabaran memerlukan kesabaran dan dedikasi. Hobi dan tabiat dapat meningkatkan kemahiran, mengubah kebolehkerjaan anda, dan memberikan kelebihan apabila anda melamar pekerjaan anda yang seterusnya

Menulis hobi yang relevan dengan posisi yang anda mencuba di dalam resume dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan. Hobi yang anda putuskan untuk disertakan dalam resume anda haruslah relevan dengan kerjaya atau pekerjaan yang anda lamar. Kemungkinan bakal majikan akan kaitkan hobi anda dalam temu ramah pekerjaan. Ia juga akan menjadi salah satu perbualan oleh bakal majikan untuk mengenali personaliti dan gaya pembelajaran anda.