Gaya Keibubapaan

“Ibu bapa tak reti besarkan anaknya baik-baik.”

“Semua salah ibu bapa, anak jadi begini.”

“Entah macam mana ibu bapanya besarkan dia.”

Ibu bapa adalah orang pertama yang dipersalahkan terhadap kelakuan anak mereka. Kegagalan menjaga dan mendidik anak dengan betul selalu dikaitkan sebagai punca utama.

Ramai ibu bapa masih tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak mereka dengan cara yang berkesan agar anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Namun begitu, ibu bapa harus melihat semula gaya keibubapaan yang diamalkan dalam mendidik anak-anak mereka.

4 gaya keibubapaan:

(i) autoritarian – mengawal
(ii) permisif
(iii) Penyingkiran/ pengabaian
(iv) autoritatif – memerintah

Autoritarian – mengawal


Mereka suka menghukum anak sekiranya bersalah dan menetapkan terlalu banyak peraturan di rumah.
Sekiranya melanggar peraturan, maka hukuman akan dikenakan.
Dalam gaya ini, komunikasi adalah satu hala.
Disebabkan anak tidak selesa dan tidak mempunyai kebebasan di rumah, mereka menjadi lebih rapat dengan kawan atau orang luar.
Kesilapan memilih kawan boleh menyebabkan mereka tersilap langkah.
Mereka boleh menjadi pembuli demi mencari kebebasan dan kuasa. Apabila memasuki alam remaja, mereka semakin sukar dikawal.

Permisif


Ibu bapa yang tidak kisah dengan semua perkara.
Kurang peraturan di rumah, sangat selesa, kalau ada sekalipun tidak konsisten dan memberi kebebasan kepada anak.
Anak menjadi manja, kurang kawalan diri dan kemahiran sosial.
Mudah terpengaruh dengan kawan dan terjebak gejala sosial serta budaya negatif kerana diberikan kebebasan melampau.
Berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah seksual akibat pergaulan bebas.

Penyingkiran/ Pengabaian

Cara ini sangat berbahaya kerana mereka tidak mempedulikan anak.
Tidak minat dengan perkembangan atau pencapaian anak.
Menjauhkan diri daripada anak, sibuk mencari duit sehingga mengabaikan anak dan sangat pasif dalam mendidik anak.
Anak mungkin menyertai kongsi gelap/mengambil dadah/merokok/ponteng sekolah dan terbabit jenayah.
Anak kekurangan kasih sayang, simpati dan empati.

Autoritatif


Cara terbaik dan perlu dijadikan panduan kerana ibu bapa lebih fleksibel.
Ibu bapa akan memberitahu punca anak melakukan kesalahan dan memberi hukuman sewajarnya, jika perlu.
Tidak agresif tetapi tegas dan demokratik.

Oleh itu, mari kita mengamalkan gaya keibubapaan yang sewajarnya untuk melahirkan generasi muda yang berjaya dan bermoral kelak.