Etika Beraya AIdilfitri Ketika Musim Wabak COVID-19

Raya Aidilfitri pada tahun ini sesungguhnya lain daripada perayaan raya sebelum ini. Disebabkan Malaysia masih di bawah perintah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), perjalanan keluar negeri tidak dibernarkan lalu tradisi pulang ke kampung tidak dapat dilaksanakan oleh rakyat.

Beberapa etika harus diterapkan sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan rakan-rakan biarpun dekat atau jauh oleh rakyat namun tetap berusaha untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 dari berluasa

1. Bertanya kepada tuan rumah jika ingin menziarah

Menziarahi kediaman keluarga merupakan antara salah satu tradisi kebiasaan pada hari raya tetapi untuk tahun ini, perjumpaan secara berkumpulan harus dihadkan. Menziarahi keluarga terdekat hanya dibenarkan antara di dalam negeri sebanyak 20 orang maksima di dalam satu rumah (mengikut saiz kediaman), namun ia lebih baik untuk menelefon dan bertanya kepada tuan rumah jika anda dan keluarga boleh bertemu.

Sesetengah keluarga mempunyai anak kecil, orang tua atau ahli keluarga kurang sihat yang lebih senang untuk dijangkiti virus tersebut dan berkemungkinan tidak selesa mempunyai pelawat pada musim ini. Untuk mengelakkan terguris hati apabila sampai ke kediaman seseorang dan tidak dipelawa masuk, seelok-elok nya memberitahu niat dan beberapa orang yang akan datang kepada tuan rumah terdahulu. Pengunjung juga mesti memahami dan menghormati pelawaan tuan rumah jika mereka tidak mengharapakan pelawat pada tahun ini.

 

2. Mengikut peraturan penjarakan sosial

Jika anda akan berkunjung ke rumah keluarga terdekat, beringatlah untuk duduk paling kurang 1 m eter jauh dari orang lain mengikut penjarakan sosial. Pastikan anda membawa sanitasi tangan sendiri dan memastikan anda benar-benar sihat 2 minggu sebelum ini sebelum melawat rumah tersebut.

Pelawat seharusnya lebih tersedia untuk mejaga kebersihan diri daripada menjangkakan tuan rumah untuk menyediakan kepada pelawat. Pelawat dinasihati untuk tidak membawa anak kecil atau orang tua yang tidak sihat untuk beraya dan mengurangkan menyentuh permukaan barangan di rumah yang dilawati.

 

3. Menggantikan menziarah dengan berhubung menggunakan teknologi

Jika anda berasa was-was untuk menziarah dan ingin kekal selamat, anda boleh menggantikan pelawatan dengan menghubungi secara panggilan video. Anda boleh melakukan melalui telefon atau komputer secara ramai-ramai. Pelbagai pirisian komunikasi percuma boleh digunakan untuk terus berhubung dan hanya memerlukan internet untuk bersembang.

Menghubungi melalui panggilan video juga dapat merapatkan silaturrahim bersama mereka yang jauh di kampung. Malahan anda juga dapat mengambil gambar menggunakan screenshot untuk menggantikan potret raya pada tahun ini.

 

4. Membayar zakat dan memberi duit raya menggunakan e-tunai dan perbankan

Untuk mengurangkan kontak secara berhadapan, cara paling selamat untuk transaksi adalah melalui e-tunai atau perbankan. Jika anda memerlukan membayar zakat atau memberi duit raya pada ahli keluarga, anda boleh memberi menggunakan e-tunai lalu memberi tahu kepada penerimanya bersekalikan resit transaksi.

 

5. Jangan melanggar arahan yang ditetapkan

Usahlah mencari cara untuk pulang ke kampung meggunakan jalan kecil atau surat palsu. Menziarahi kubur pada aidilfitri ini juga tidak dibenarkan untuk mengurangkan berkumpul secara ramai. Janganlah kita bersifat mementingkan diri dan melanggar undang-undang untuk beraya atau ‘memelihara tradisi’.

Walaupun kita rindu akan ahli keluarga di kampung, beringatlah bahawa kita berkemungkinan mebawa wabak tersebut sekali. Biar berkorban sedikit sekarang, janji selamat pada masa akan datang. Kita harus fikir akan keselamatan untuk masa hadapan dan membendung wabak ini dari menular dengan lebih jika kita ingin mengembalikan hidup yang normal tanpa meragukan kesihatan.

 

Marilah kita bersama meraikan aidilfitri ini dengan cara yang selamat demi kesejahteraan kita beramai. Kita seharusnya berasa syukur dapat menikmati hari raya ini dengan keluarga di rumah dengan sihat dan berusaha untuk melawan wabak virus ini demi masa hadapan yang lebih selamat. Biarlah kita berkorban sedikit pada waktu yang genting ini asalkan keselamatan kita semua terjaga.

Selamat menyambut aidilfitri!