Cara-Cara untuk Mendaftar SELVAX

Program Vaksinasi Selangor (Selvax) untuk komuniti (Komuniti Selvax) telah membuka proses pra-pendaftarannya untuk program vaksinasi mulai 3 Ogos hingga 13 Ogos 2021. Bagi penduduk di Selangor yang masih belum menerima tarikh janji temu di MySejahtera untuk mendapatkan vaksin Covid-19 boleh mendapatkannya secara walk-in di 12 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri.

Sumber: Dr Siti Mariah

 

Pra pendaftaran diperlukan kerana slot vaksinasi yang terhad diperuntukkan untuk program ini, pra pendaftaran ini dapat dilakukan dengan menggunakan aplikasi SELangkah

Langkah-langkah pra-pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi SELangkah di PlayStore / AppStore
  2. Pilih ikon ‘VAX’
  3. Pilih ‘Appointment’ (Temujanji)
  4. Pilih ‘Semak’, diikuti dengan ‘Temujanji’ dan ikon ungu
  5. Masukkan kod baucar
  6. Pilih tarikh

Slot vaksinasi untuk penduduk tempatan disediakan di pusat vaksinasi terpilih (PPV), antaranya Tropicana Gardens Mall di Kota Damansara; Evo Mall di Bandar Baru Bangi; Hotel De Palma di Shah Alam; Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya (hanya dari 3 Ogos hingga 9 Ogos); dan Aurora Place di Bukit Jalil. Bagi slot vaksinasi bukan warganegara pula diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya yang hanya bermula pada 10 hingga 13 Ogos.

Program Vaksin Selangor (Selvax) ada 2 kategori iaitu Selvax Komuniti & Selvax Industri akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor (500 ribu dos) yang masih belum divaksin. Program SELVAX Industri merupakan sebuah program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran 1 juta pekerja.

Sebelum anda ke pusat PPV, pastikan anda mempunyai

  1. MySejahtera dan SELangkah di muat turun di telefon anda
  2. Kad Pengenalan/Passport
  3. Pen

Marilah kita bersama mempercepatkan imuniti kawanan dan mengekang penularan Covid-19! Bersama kita dapat menjaga diri dan orang tersayang di sekeliling kita. #KitaJagaKita

Sumber: Selangor Journal, SELangkah