Telefon bimbit pintar adalah salah satu keperluan dimasa ini biarpun untuk kerja atau hiburan. Jika anda sentiasa bergantung pada telefon anda untuk tugasan harian , telefon anda berada di tangan anda selama berjam-jam setiap hari, dari saat anda bangun sehingga anda tidur, dengan sedikit masa rehat diantaranya. Penggunaan telefon pintar yang kerap boleh menyebabkan sakit tangan dan belakang bagi mereka yang memegang telefon atau menaip selama beberapa jam pada satu masa.
Jika anda menghabiskan banyak masa menggenggam atau memegang telefon anda, jari kelinling dan ibu jari anda boleh mula kejang atau meradang. Keadaan ini dipanggil “jari telefon pintar”. Tambahan apabila kita menaip, secara tidak langsung kita juga meletakkan tekanan ke tengkuk dan tulang belakang kita dengan postur yang salah. Mari kita lihat sebab perkara ini boleh berlaku dan langkah yang boleh anda ambil untuk membantu mencegahnya.
Setiap tangan terdiri daripada 27 tulang, 35 otot, dan lebih 100 tendon yang menghubungkan tulang dan otot. Tendon fleksor anda membengkokkan jari anda, dan tendon yang meluruskan jari anda dipanggil tendon extensor. Apabila otot di jari anda perlu membuat pergerakan (seperti memilih sesuatu pada telefon pintar), tendon ini mengecut dan memanjang.
Pergerakan berulang boleh meletihkan tendon ini, mengakibatkan haus dan lusuh pada tendon serta sakit dan keradangan. Ini dipanggil tendinitis. Jari telefon pintar juga boleh disebabkan oleh tekanan berterusan pada sendi jari kelinking semasa anda memegang peranti anda.
Antara gejala telefon pintar adalah sakit atau kekakuan di pangkal jari yang terjejas, bunyi klik apabila anda menggerakkan jari kelingking anda, kesukaran menggerakkan jari anda apabila anda bangun pada waktu pagi atau kebas di hujung jari anda. Jika simptom anda memang disebabkan oleh penggunaan telefon pintar, tangan dominan anda mungkin akan mengalami kesakitan, kekejangan dan kekakuan.
Jika anda mengalami kesakitan dan kekakuan akibat penggunaan telefon pintar, berikut ialah beberapa remedi rumah yang boleh anda cuba:
Sesetengah gejala menunjukkan bahawa rawatan di rumah tidak mencukupi untuk merawat jari telefon pintar anda. Dapatkan rawatan jika sakit berlarutan selama 7 hingga 10 hari, kesakitan yang teruk dan menghalang daripada melakukan aktiviti lain dan kekebasan jari atau sendi berulang yang tidak reda.
Rawatan professional penting sebelum anda mengalami kecederaan tekanan berulang, sindrom carpal tunnel, sindrom cubital tunnel, tendonitis atau arthritis yang susah untuk pulih kembali. Rawatan untuk tendonitis, arthritis atau kerosakan saraf mungkin termasuk imobilisasi, ubat atau pembedahan.
Pada zaman ini hampir mustahil untuk tidak menggunakan telefon pintar, tetapi anda harus meluangkan masa kurang daripada lima jam, diagihkan sama rata sepanjang hari anda. Dengan mengikuti petua di atas, anda boleh mengurangkan kesakitan anda dengan ketara dan mengurangkan kemungkinan kerosakan tangan sementara atau kekal. Jika anda berminat untuk rawatan kekejangan otot sebagai ahli fisioterapi, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda.