Cara Bersenam Amat Senang Bagi Mereka Yang Liat Di Rumah

Tak boleh keluar rumah tapi nak badan sihat? Malas turun katil? Nak cuba menyihatkan badan tapi malas? Ramai yang rasa bersenam adalah satu aktiviti yang menyiksa kan. Membuat resolusi tahun baru untuk badan sihat untuk 5 tahun berturut turut dan masih belum mencapai. Ha ini ada beberapa tips yang menyeronokkan untuk buat anda berpeluh tanpa berusaha terlalu banyak dan menyeronokkan.

 

1. Bersenam dari atas katil atau sofa

Serious la senam atas katil je? Ye betul, menjadi pula tu. Lagi lagi apabila anda sedang main game, lagi liat nak buat kan? Ha, apa kata membaut hanya 10 crunches setiap kali anda berada di loading screen ataupun ketika iklan semasa menonton drama siri. Kalau terus kan sebanyak 50 crunches satu hari, tentunya dalam seminggu perut dah boleh rasa 6 packs bakal muncul.

 

2. Short-cut kan senaman berat

Nak kuat macam One-punch man dan Goku tapi tak semangat tidak cukup saiyan? Kalau tak mampu buat push-ups di lantai, lakukannya di dinding. Lebih baik ringan kan beban dari tidak buat langsung bukan? Jika penat nak berlari jalan la keliling rumah, 10 kali pun tak mengapa asalkan dapat merangsangkan jantung. Kalau rasa macam nak angkat berat tu susah, cuba mengangkat botol 1.5 liter di kedua dua tangan. Cuba planking untuk 20 saat dahulu atau plank dengan sokongan lutut. Jangan paksa diri anda melakukan aktiviti berat yang jarang dilakukan kerana ia mungkin boleh merosakkan otot. Biar lambat, janji selamat.

 

3. Bermain permainan senaman

Banyak game yang boleh menguruskan badan! Secara digital atau tradisional tetap boleh dilakukan. Kalau anda mempunyai ahli keluarga atau rakan serumah, boleh mengajak main ting-ting, lompat getah. Jika rumah anda ada laman yang cukup luas untuk belari, boleh main ‘police and thief’. Jika anda mempunyai konsol video game atau pc, boleh la bermain game yang boleh berpeluh seperti Just Dance, Ring Fit Adventure atau Zumba. Ada juga orang yang bermain Pokemon Go dan dapat munurun kan berat badan hanya dengan berjalan 25km seminggu.

 

4. Bermain kejar-kejar dengan haiwan peliharaan

Bagi mereka yang mempunyai kucing atau anjing, gunakanlah waktu ini untuk bermain dengan si baby bulu di rumah anda. Katakanlah jikalau kucing anda gemuk atau pemalas, ikatkan lah makanan snek di tali dan mengajak nya menangkap. Semestinya akan menjadi, lalu anda dan kucing anda pun boleh kurus sekali! Lakukan dalam 20 minit sudah memadai. Fuh!

 

5. Belajar menari

Menari dapat mengeluarkan peluh serta endorfin untuk membuat diri rasa lebih bahagia dan lebih penting ia seronok sekali! Pelbagai tarian yang boleh belajar biarpun ia k-pop, hip-hop, salsa ataupun poco-poco. Cuba rekodkan diri anda menari dari hari pertama, dan latih setiap hari selama 14 hari dengan koreografi yang sama. Pasti anda akan lihat perbezaan yang ketara dan akan membuat anda berasa lebih konfident! Terdapat banyak tutorial dan ‘cover dance’ yang boleh dicari di youtube. Anda juga boleh mengajak rakan rakan untuk berlatih sekali atau mencabar mereka.

Gemuk atau kurus tidak sentiasa bermaksud badan sihat atau cergas. Dengan berpeluh, badan dapat mengeluarkan toksin dan juga dapat memberi ‘moral boost’ serta membuat diri anda berasa lebih konfiden. Tak percaya? Cuba lah!