Bersih dan Selamat: Perkerjaan Pembersihan Yang Penting

Stigma kerja pembersihan dan penjagaan kebersihan terjadi apabila benda pertama yang berada di dalam kepala kita adalah ‘membersihkan kekotoran’.  Kerja pembersihan adalah antara faktor paling penting untuk mengelakkan penyebaran penyakit yang terjadi dari persekitaran yang tidak bersih. Ramai yang tidak mahu berkerja di dalam bidang ‘pembersihan’ disebabkan ianya mengelikan akan tetapi ia adalah pekerjaan yang penting dan mulia demi menjaga keselamatan komuniti. Secara am, kerja pembersihan berkaitan dengan sisa bahan buangan daripada penggunaan domestik yang terhasil dari bahan buangan seisi rumah, premis komersial, hospital dan lain-lain.

 

Apa terjadi jika kita tidak sanitasikan air dengan betul?

 

Masyarakat yang tinggal di persekitaran yang tidak mempunyai akses  air yang bersih, sistem kumbahan yang baik dan persekitaran yang kotor lebih terdedah kepada penyakit. Air yang tercemar dan kotor dikaitkan dengan penularan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disentri, hepatitis A, tifoid, dan polio. Jika perkhidmatan air bersih tidak diurus dengan betul, ia mendedahkan masyarakat kepada risiko kesihatan yang tidak baik.

Secara tidak langsung, persekitaran yang tidak bersih dan kotor menjejaskan kesejahteraan kehidupan masyarakat dan pembangunan sosial dan ekonomi.

 

Apa yang dilakukan untuk memastikan kebersihan persekitaran dan air bersih untuk orang awam?

Jurutera pengairan adalah seseorang yang merancang dan melaksanakan program dan strategi yang berkaitan dengan masalah sumber air seperti masalah bekalan air, kualiti dan kebersihan air dan juga pematuhan peraturan-peraturan berkaitan sumber pengairan.

Pekerjaan ini memastikan sokongan kepada penyedia perkhidmatan bekalan air dan sanitasi (WASH) untuk menyiapkan perancangan kecemasan dan memastikan kesinambungan penyampaian sampai ke pengguna. Ini termasuk dengan penyediaan bahan kimia dan alat ganti rawatan air, ketersediaan bahan bakar untuk pam dan rawatan, menyediakan peralatan perlindungan untuk kakitangan utiliti.

 

Tahukah anda di Jepun, kerja pembersihan dianggap sebagai antara kerja yang murni?

Apabila bercakap mengenai topik kebersihan, rakyat Jepun adalah antara rakyat yang paling mementingkan kebersihan sekeliling mereka. Cara pembuangan sampah di Jepun juga amat tersusun. Rakyat Jepun membahagikan pembuangan sisa mereka mengikut 4 kategori iaitu, sisa yang boleh dibakar dan tidak boleh dibakar, sisa sampah yang boleh dikitar semula dan barangan buangan yang terlalu besar. Sampah dikutip oleh pemungut sampah mengikut kategori dan mengikut hari yang ditetapkan oleh majlis pembandaran tersendiri.

Pekerja yang membersihkan sampah di jalan raya tidak dipanggil pengutip sampah, tetapi mereka dipanggil sebagai Jurutera Kesihatan. Undang-undang di Jepun menyatakan 3 jenis pekerjaan yang patut mendapat bayaran gaji dua kali ganda iaitu kerja yang meliputi konsep elemen 3D : Dirty, Dangerous, Distant. Anggaran gaji kasar Jurutera Kesihatan di Jepun ialah ¥ 3,012,775 setahun (RM 114,820.80) hingga ¥ 6,000,000 (RM 225,677.58)  atau kadar per jam yang setara dengan ¥ 1,448 (RM55) hingga ¥ 2,925 (RM110) . Jurutera Kesihatan peringkat kemasukan (pengalaman 1-3 tahun) memperoleh gaji purata ¥ 2,307,550. Di sisi lain, seorang Jurutera Kesihatan peringkat kanan (8+ tahun pengalaman) memperoleh gaji purata ¥ 3,583,741. Kenaikan gaji di dalam masa 5 tahun dijangkakan naik sebanyak 13%.

Air paip di Jepun boleh diminum dan selamat. Infrastruktur air Negara tersebut boleh dipercayai dan kemudahan membersihkan air dijaga dengan baik, sehingga air paip berkualiti dan selamat diminum. Sebilangan besar bekalan air di Tokyo dan bandar-bandar utama berasal dari empangan, takungan, atau dari sungai. Tambahan, dengan sikap orang Jepun yang mementingkan kebersihan, mereka tidak membuang sampah merata-rata  terutama di sungai atau punca air membuat mereka lebih yakin dengan meminum air terus dari paip.

 

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengekalkan persekitaran yang bersih?

Sebagai seorang individu, anda boleh membantu mengurangkan pencemaran kepada persekitaran kita. Ekosistem persekitaran sangat berkait rapat dengan aktiviti kita. Apabila melawat tempat-tempat rekreasi seperti hutan, pantai dan sungai, kita seharusnya membawa atau membuang sampah sendiri ke tempat yang sepatutnya untuk mengelak sisa sampah dibuang dan terbiar merata-rata, ini kerana ia akan mendorong tikus atau haiwan perosak membiak dan bersarang di kawasan tersebut.

Pengunaan racun yang merbahaya juga adalah antara penyumbang kepada pencemaran air dan persekitaran. Haiwan yang mati diracun atau haiwan yang memakan bangkai dan tanaman yang diracun juga boleh mengakibat punca air yang terdapat di persekitaran tersebut tercemar sekiranya sisa racun atau bangkai haiwan tersebut terurai lalu mengalir ke punca air atau ke tanah yang terdapat di sekitarnya.

Untuk memupuk sifat mementingkan kebersihan yang tinggi, kita seharusnya bertanggungjawab dan mengamalkan kehidupan yang bersih. Dengan adanya teknologi terkini dan kepakaran yang memahami persekitaran tempatan, tahap kebersihan dapat dipertingkatkan. Masyarakat yang sihat dan bersih akan melahirkan komuniti yang berkualiti

Sekiranya anda

mempunyai potensi dan minat untuk menjadi seorang Jurutera Kebersihan Industri,

semak definisi dan maklumat lanjut mengenai kursus ini di laman web MyCompass atau klik terus ke link ini.

Sumber: Salaryexpert, Illuminasi