Bagaimana Lemak Keluar Dari Badan Kita?

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana lemak meninggalkan badan sebaik sahaja anda cuba untuk menurunkan berat badan. Penurunan berat badan dicapai melalui gabungan senaman dan pelan diet sihat yang memfokuskan pada protein tanpa lemak, lemak sihat dan karbohidrat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Gabungan ini membantu tubuh badan dalam membakar lemak tersimpan untuk memberi tenaga serta menghalang badan daripada menyimpan lebihan lemak. 

 

Bagaimana lemak dikumuhkan?

Apabila anda berdiet, anda mengambil lebih sedikit kalori daripada keperluan badan anda. Kerana defisit ini, badan anda menukarkan lemak simpanan kepada tenaga. Semasa penukaran tenaga, karbon dioksida, dan air adalah hasil sampingan sisa. Lalu, lemak tersebut dikumuhkan melalui pembuangan air kecil, peluh, dan pernafasan. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa 84% kehilangan lemak dihembus sebagai CO2. Baki 16% lemak dikumuhkan sebagai air. Anda juga akan berpeluh lebih banyak lalu mengeluarkan lemak melalui peluh anda. Menariknya, penyelidikan mendedahkan paru-paru sebagai organ utama yang digunakan untuk mengeluarkan lemak dari badan.

 

Apakah cara paling efektif untuk menurunkan kadar lemak dalam badan kita?

Para pakar mengesyorkan melakukan senaman kardio sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Mereka juga mengesyorkan latihan angkat berat dan rintangan. Meningkatkan jisim otot boleh membantu anda membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan kadar metabolisme asas anda. Senaman juga meningkatkan kadar pernafasan anda, lalu lebih banyak karbon dioksida (CO2) meninggalkan badan anda apabila anda bersenam. 

Otot anda mula membakar melalui glikogen yang disimpan untuk tenaga. “Selepas kira-kira 30 hingga 60 minit senaman aerobik, badan anda mula membakar terutamanya lemak,” kata Dr Burguera. Jika anda bersenam secara sederhana, ini mengambil masa kira-kira sejam.

 

Adakah dengan meminum air dengan banyak akan membantu pembuangan lemak?

Meminum air dengan banyak adalah penting untuk kekal sihat secara am, dengan meminum banyak air, kita dapat kumuhkan lebihan lemak kepada peluh dan air kecil. Namun, jika anda tidak bersenam atau berpeluh, minum air sahaja tidak dapat membantu menurunkan berat badan.

Apabila badan kita mengalami perubahan semasa kehilangan lemak, begitu juga warna air kencing kita apabila asid lemak ini dikeluarkan. Jika badan anda melalui proses pembakaran lemak, warna air kencing  sering berubah kepada warna terang atau lebih gelap, yang juga boleh dikaitkan dengan dehidrasi. Walaupun warna air kencing yang gelap juga boleh menandakan bahawa anda mengalami dehidrasi dan perlu minum air lebih kerap, ini juga merupakan petunjuk bahawa anda berada di landasan yang betul.

 

Menjaga kesihatan kita dari awal adalah penting sebelum kita menua dengan penyakit. Menjaga berat badan yang optimum dengan bersenam dan meminum air dengan cukup membantu kita untuk kekal sihat di masa hadapan. Jika anda berminat dengan kesihatan badan kita dan ingin menjadi seorang pakar diet atau jurulatih senaman, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda.