Bagaimana Cara untuk Mendapatkan Kenaikan Gaji?

Adakah anda merasa seperti anda tidak dibayar cukup wang untuk kerja yang anda lakukan? Sudahkah anda berada di syarikat lebih dari setahun dan tidak mendapat peningkatan gaji? Sekiranya jawapan anda ya, anda tidak bersendirian.

Ramai tidak tahu mereka berhak menuntu kenaikkan gaji jika mereka berasa telah berada di sesebuah syarikat pada jangka masa yang panjang. Malah ada juga berasa mereka berhak mendapat kenaikan gaji atau bonus tanpa melakukan apa-apa yang ekstra untuk layak mendapat lonjakan tersebut.

Di sini MyCompass nak share kan beberapa tips untuk mendapatkan kenaikan gaji dari majikan anda.

Persediaan yang diperlukan

Asas bagi setiap permintaan untuk kenaikan tambahan mestilah mempunyai rekod prestasi yang kukuh. Sekiranya majikan anda melakukan penilaian prestasi secara berkala, maka anda mungkin sudah mempunyai dokumentasi tentang. Pastikan anda menyimpan rekod pencapaian harian dan mingguan anda, dan sebarang data atau bukti yang menyokong pencapaian ini. Walaupun anda melakukan pekerjaan yang hebat, pihak atasan anda mungkin masih perlu sedikit peringatan.

Setelah anda dapat mendokumentasikan nilai yang telah anda tambahkan kepada majikan anda dan menentukan apa yang anda harapkan di pasaran, sudah tiba masanya untuk meminta penyelia anda menjadualkan pertemuan untuk membincangkan gaji anda.

Ketahui nilai anda

Langkah pertama untuk meningkatkan gaji anda adalah dengan mengetahui dengan tepat apa yang diharapkan dari anda dalam kedudukan anda. Sama seperti membuat anggaran untuk mula membuat kemajuan dengan kewangan anda, anda perlu mengetahui apa yang diharapkan oleh majikan anda dan membandingkannya dengan apa yang sebenarnya anda lakukan sehingga anda dapat membuat penyesuaian jika diperlukan.

Menunjukkan prestasi dan tabiat yang baik

Adakah anda melakukan kerja anda melebihi jangkaan, atau hanya melakukan kerja-kerja yang dinyatakan dalam KPI pekerjaan anda? Pada banyak pekerjaan, untuk mendapatkan kenaikan gaji, pekerja perlu melampaui syarat asas. Sekiranya kerja anda cekap, tetapi tidak hebat, ini mungkin sebabnya anda tidak mendapat kenaikan gaji. Memberi sumbangan idea, pemikiran kritikal terhadap penyelesaian masalah, serta kritikan yang membina terhadap kerja akan membuat anda kelihatan lebi terserlah.

Selain itu kita juga haruslah mempunyai personaliti yang baik. Anda mungkin adalah pekerja yang paling produktif di syarikat tetapi jika anda tidak disukai oleh orang ramai akibat cara anda membawa diri, rakan sepejabat akan berasa kurang selesa untuk berkerja dengan anda lalu anda akan mengalami kesukaran untuk meningkatkan pendapatan. Menjadi seorang yang digemari oleh orang ramai mungkin merupakan faktor yang lebih baik daripada berapa banyak yang anda bayar daripada jumlah kerja yang anda selesaikan.

Membuat permohonan kepada boss

Bincangkan sebuah masa untuk mengadakan mesyuarat untuk bersama penyelia anda terdahulu. Pastikan waktu yang dipinta tidak berada dalam keadaan yang tegang, misalnya, masalah kewangan, waktu yang terlampau sibuk. Anda pasti tidak mahu berbincang di dalam keadaan yang agak stress bukan? Bercakap dengan pengurus anda mengenai perkara yang ingin mereka lihat daripada anda. Pertimbangkan bagaimana anda boleh ubah dari pekerja biasa menjadi pekerja yang luar biasa dan boleh menolong syarikat tersebut. Simpan senarai pencapaian anda dan segala pujian yang anda terima, dan menengahkan isi-isi ini ketika berbincang.

Kemungkinan syarikat yang anda kerja tidak mampu secara kewangan untuk memberi kenaikan gaji. Kadang kala, promosi adalah cara syarikat untuk memberitahu anda bahawa anda melakukan pekerjaan dengan baik, pastikan apa yang anda dapat sebuah promosi pastikan anda mendapat sedikit faedah seperti tambahan elaun pengangkutan atau barangan keperluan yang lebih canggih untuk kegunaan kerja.

Melompat ke syarikat lain yang berada di sama bidang

Jika kesemua cara ini anda telah melakukan tetapi tidak juga mendapat kenaikan gaji, ini mungkinlah masa untuk anda menukar tempat kerja anda. Walaupun pekerja yang bekerja di syarikat yang sama pada umumnya dapat mengharapkan kenaikan tahunan 3%, perubahan pekerjaan secara amnya akan memberi anda kenaikan gaji anda 10% hingga 20%.

Semestinya untuk anda pergi ke syarikat lain, anda haruslah mempunyai kecemerlangan yang membuat anda unik dan dikehendaki. Menukar kerja setiap 4 – 5 tahun untuk menaikkan nilai anda akan melonjak lagi ke tangga karier anda yang lebih tinggi.