Amalkan Pemanduan Berkhemah di Jalan Raya

7 Jun 2020 seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti berita gembira daripada perutusan khas perdana menteri kita  Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya! Aktiviti rentas negeri dibenarkan, boleh balik kampung mulai 10 Jun. Setelah sekian lama menahan sedih dan kecewa tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman akhirnya berpeluang jua.

Namun begitu, harus diingatkan dalam kegembiraan kita semua mesti tetap menitikberatkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini bagi memastikan kita berjaya sepenuhnya membendung penyakit COVID 19 ini. Semestinya ramai sudah membuat perancangan malah ada juga yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung serta merentas negeri untuk menziarahi sanak-saudara. Namun demikian, jangan lupa untuk mengamalkan pemaduan yang berkhemah dijalan raya bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku dikala banyak kenderaan di atas jalan raya.

Tips Pemanduan Berkhemah

Berhati-hati di jalan raya, sila amalkan pemanduan berhemah – Pandu cermat, jiwa selamat.

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.

Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

Sebelum memulakan perjalanan pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kerosakkan yang di luar jamgkaan anda.

3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Pemandu dan penumpang di bahagian hadapan jangan lupa untuk sentiasa memakai tali keledar. Bagi penumpang di bahagian belakang anda juga sangat digalakkan untuk sentiasa memakai tali keledar agar keselamatan anda juga lebih terjamin

4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

Jangan memandu melebihi had laju kerana ianya merupakan salah satu faktor berlakunya kemalangan kerana pemandu hilang kawalan.

5. Pemandu harus mengekalkan jarak.

Pastikan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.

Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya.

Jika anda tidak peka malah meralik dan khayal ketika memandu, situasi ini akan menyebabkan anda tidak mampu mengawal kenderaan lalu hilang kawalan semasa kejadian tidak dijangkakan berlaku.

8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat.

Jangan melanggar lampu isyarat.

9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat.

Banyak kemalangan ngeri berlaku ketika hujan. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah.

10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.

Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar

Konklusinya, amalkan pemanduan berkhemah demi orang tersayang. Jangan terlalu beria sehingga melupakan aspek-aspek keselamatan ketika berada di jalan raya. Semoga kepulangan anda menjadi satu kepulangan yang sangat bermakna buat sanak-saudara yang sedang menanti ketibaan anda.