8 Hadiah Mesra Alam Di Bawah RM30

Pemberian hadiah yang tidak praktikal atau berguna untuk kegunaan harian sedikit sebanyak menjadi punca utama  pembaziran bahan mentah.  Hari ini, MyCompass akan berkongsi 8 hadiah yang mesra alam serta berguna untuk kegunaan harian.

 

Beeswax food wraps - Double Helix

1. Kertas pembungkus makanan lilin lebah

Kertas pembungkus makanan lilin lebah ini boleh diguna semula! Dengan hanya menggunakan haba dari tangan anda, kertas pembungkusan tersebut dapat melindungi makanan dengan baik. Ia dihasilkan dengan kemasan yang licin, jadi ia tidak berliang atau kasar selepas beberapa kali digunakan. Ia boleh digunakan berulang kali dan dibasuh dengan senang. Secara tidak langsung, ia menjimatkan ruang di dalam peti ais serta mengurangkan kegunaan plastik untuk menyimpan makanan.

Jika digunakan dengan kerap, pembalut mungkin bertahan hanya beberapa bulan sebelum lapisan lilin hilang – atau sehingga setahun jika digunakan sekali-sekala. Anda boleh memperbaiki semula setiap bungkus dengan meletakkannya di dalam ketuhar pada suhu 100°C selama 3 minit. Keluarkan dari ketuhar dan pegang kedua-dua sudut pembalut kemudian kibarkan helaian tersebut perlahan-lahan untuk meratakan lilin keseluruh permukaan dan seterusnya digantung untuk dikeringkan.

 

2. Straw Mesra Alam

Penyedut minuman logam adalah pilihan yang boleh diguna semula yang paling popular. Dibuat dengan keluli tahan karat berkualiti tinggi, ianya sangat tahan lama, tidak akan pecah atau bengkok dan bebas toksik. Dengan pelbagai warna dan jenis, anda boleh memilih mengikut gaya kesukaan rakan anda!

 

3. Set Kutleri

Hapuskan penggunaan kutleri plastik dan dapatkan rakan anda hadiah set kutleri buluh! Bukan sahaja set ini sangat mudah dan praktikal, ia sangat comel! Buluh adalah bahan yang tahan lama, semula jadi dan lebih ringan dari kutleri besi tetapi lebih lasak dari plastik. Keteguhan buluh boleh menahan air, kelembapan dan haba. Jadi, set kutleri boleh guna semula anda tidak akan menyerap sebarang bau daripada makanan. Bahannya juga kalis dari kotor, jadi sudu, garpu dan pisau buluh anda harus lebih mudah dibersihkan.

 

4. Bekas makanan silikon boleh dilmampatkan

Bekas makanan silikon yang bukan sahaja boleh diguna semula, malah ia boleh dimampatkan untuk menjimat ruang! Memandangkan sistem penutupannya yang kedap udara dapat mengelakkan makanan dari dimasuki habuk dan angin. Bekas makanan boleh digunakan di dalam ketuhar atau peti sejuk beku akan menyenangkan hidup lalu mengurangkan penggunaan bekas pakai buang.

 

5. Botol Air Keluli Tahan Karat atau Tembaga

Botol air keluli tahan karat atau tembaga adalah idea hadiah mesra alam yang hebat dan murah terutamanya bagi mereka yang ingin mengurangkan penggunaan plastik! Ia juga tahan haba atau kekal sejuk dengan lebih baik. Tahukah anda botol besi atau tembaga adalah alternatif yang lebih selamat? Botol keluli dapat mencegah pereputan bekas berbanding plastik lalu mengurangkan keracunan makanan manakala tembaga pula mencegah dari bakteria membiak.

 

6. Tisu Dapur Boleh Digunakan Semula

Ramai menggunakan tisu dapur biasa untuk menyerap minyak dari gorengan makanan dan kemudian tisu itu dibuang. Tisu dapur yang diperbuat dari buluh merupakan alternatif yang ekonomi serta mesra alam. Setiap tisu kertas buluh boleh dibersihkan dan digunakan semula. Segulung tuala kertas akan bersamaan dengan 85 gulungan tisu dapur pakai buang. Ianya boleh digunakan semula, boleh menyerap dan dibasuh dengan air  dan sabun. Tisu ini boleh digunakan berulang kali sehingga kainnya lusuh. Ia tidak mudah koyak dan boleh mengelap bahan basah serta kering. Ia juga tidak mengeluarkan bau hapak atau busuk. Satu gulungan mengandungi 50 helai dan boleh bertahan lebih dari sebulan dan dikitar semula.

 

7. Tuala Muka dan Tangan

Tahukah anda sekurang-kurangnya 17 pokok perlu ditebang dan 20,000 gelen air diperlukan untuk menghasilkan satu tan kertas tisu manakala 51,000 pokok diperlukan setiap hari untuk memenuhi keperluan harian tuala kertas pakai buang. Dianggarkan bahawa rakyat dari seluruh dunia menggunakan lebih daripada 34.7 juta tisu sehari secara purata semasa makan di luar, dan 30.4 juta di rumah. Salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan tisu secara berlebihan adalah dengan menggunakan tuala muka dan tangan. Tuala yang diperbuat dari buluh juga adalah fabrik hypoallergenic ditenun dengan gentian semula jadi yang memudahkan pengeringan.

 

8.  Kit BBQ Sekali Guna

Sesuai bagi rakan anda yang suka berkelah atau bbq apabila berkembara, kit bbq ini sangat berguba malah ringan dan mudah alih pada 900 gram Diperbuat dari 100% bahan semulajadi termasuk gril buluh. Ia mampu biodegradasi dan dilupuskan dengan selamat kerana ia tidak menggunakan logam atau bahan kimia. Anda tidak memerlukan minyak atau cecair kimi untuk memulakan api. Kit ini mula memanggang dalam masa 5 Minit tanpa nyalaan dengan asap yang minima. Kit ini melepaskan CO2 lebih efektif dengan kekurangan 50% dari gril biasa. Ia mampu membakar lebih dari 60 minit pada suhu 315°C dan dengan haba memanggang yang sekata.

 

Mari kita ubah gaya hidup kita kepada arah lebih lestari. Pilih idea hadiah yang mesra alam untuk menggantikan produk pakai buang yang akan berakhir jika tidak digunakan. Produk yang mesra alam kini semakin murah dan mampu pilih, walaupun kita tidak mampu mengubahnya dalam satu hari, kita masih boleh mencuba sedikit demi sedikit setiap hari sehingga berjaya.

Adakah anda berminat untuk mencipta lebih banyak produk mesra alam? Terokai MyCompass dan kenali potensi anda sebagai langkah pertama dalam melahirkan individu yang berupaya membangunkan produk mesra alam.