6 Tips Bercucuk Tanam di Rumah Yang Ruang Terhad

Bercucuk tanam bukanlah perkara yang senang, lebihan kepada mereka yang tinggal di rumah awangan atau rumah yang tinggi melangit seperti di kondominium atau flat. Benar bahawa perumahan jenis sebegini mempunyai ruang terhad dan kurang cahaya matahari adalah dua faktor utama penjadi penghalang untuk kita rasa malas mula tanam sayur.

Menanam sayur-sayuran bukan sahaja boleh dimakan selepas ia dihasilkan, malah mampu mengalakkan pemakanan yang sihat dan mengurangkan tekanan darah lalu megurangkan stress.

Bagi mereka yang baru hendak menjinakkan diri dengan aktiviti berkebun, boleh lah mulakan dengan pokok-pokok yang senang dijaga dan tidak mengambil terlalu banyak ruangan serta cahaya matahari. Antara jenis-jenis tanaman yang sesuai adalah;

1. Cili padi
2. Daun Bawang
3. Lengkuas
4. Daun ketumbar
5. Taugeh
6. Sawi
7. Pudina
8. Bayam

Kini anda sudah tahu jenis-jenis tanaman yang senang untuk ditanam malah boleh digunakan untuk dimasak! Mari belajar beberapa tips untuk mula aktiviti bercucuk tanam di rumah anda.

 

1) Cari Tempat Ada Cahaya

Tanaman yang digantung diletakkan di balkoni.

Sesetengah pokok memerlukan cahaya kurang dari 4 jam dan ada yang memerlukan lebh dari 6 jam. Jika matahari naik bertentangan dengan balkoni anda, anda boleh menggunakan meja kecil atau gantung di tepi tingkap sambil membuka tingkap pada siang hari.

 

2) Pilih Bekas dan Medium Yang Ringan

Daripada menggunakan pasu tanah liat yang berat dan tebal, gunakan pasu yang lebih sederharna seperti plastik. Ini akan memudahkan urusan untuk menukar pasu dan menyusun semula pokok pokok yang ada. Anda juga boleh kitar semua botol plastik kepada pasu semaian. Pastikan ada lubang di bawah supaya air lebihan dapat keluar jika tersiram secara lebihan.

 

3) Siram Mengikut Sukatan dan Lapik Pasu

Siram secara kekurangan atapun kelebihan akan mengakibitkan pokok layu atau membantut. Seharusnya kaji akan berapa kerap seminggu pokok tersebut harus disiram dan banyak mana air ia diperlukan.

Untuk mengetahui jika pokok anda memerlukan air secukupnya, periksa pasu tersebut jika ia masih mengandungi air. Cuba merasai tanah dalam pasu tersebut menggunakan jari sedalam 1 hingga 2 inci. Jika ia sejuk dan bergumpal maksud ia tidak memerlukan air tamabahan lagi, jika tanah terasa hancur dan berdebu, siramkan air sehingga terasa lembab. Pastikan air tidak melimpah keluar pasu. Gunakan juga lapik pasu supaya air tidak mengalir keluar ke atas perabot atau lantai dari lubang.

 

4) Tanam Secara Bertingkat (Vertikal)

Tanaman pasu melintang

Untuk mengurangkan penggunaan ruang, susunkan pasu pasu secara bertingkat. Selain dari ia menjimatkan ruang, jika di susun dan dihias secara kemas, ia boleh kelihatan sangat cantik! Pelbagai rekaan pemegang pasu dan jenis pasu boleh diumpai melalui aplikasi jual beli atau di nurseri pokok.

 

5) Gunakan Baja Bebas Bau Busuk atau Kompos

Gunakan baja yang bukan diperbuat dari najis haiwan, malah anda juga boleh membuat kompos sendiri untuk dijadikan baja dengan membuang sisa organik seperti kulit telur dan buahan, sayuran lebihan, tulang ke dalam bekas yang kedap udara. Ia juga mengurangkan pembuangan sampah dan lebih menjimatkan kos.

 

6) Hidroponik – Tanam Tanpa Tanah

Jika anda tidak mahu menggunakan tanah, anda juga boleh mencuba tanaman secara hidroponik. Hidroponik menggunakan kaedah menanam pokok  di dalam larutan nutrien, sekurang-kurangya 13 jenis nutrien perlu dibekalkan kepada tanaman untuk pertumbuhan yang lengkap yang diperolehi dari baja AB. Penjagaan tanaman juga adalah lebih mudah, kemas dan menjimatkan masa jika menanam secara hidroponik.

Jika anda baru hendak bermula, jangan risau kalau pokok yang ditanam tidak membesar sebaiknya. Dapatkan nasihat, belajar dari kesilapan dan mencuba lagi. Anda boleh mendapat lebih maklumat mengikut blog, menyertai ‘group’ berkebun di Facebook, mengikut twitter atau instagram insan yang suka berkebun untuk belajar tips-triks dari orang yang berpengalaman. Semoga berjaya!

Sumber: propertyguru.com.my