6 Perisian Alternatif Kepada Adobe Photoshop

Jika anda mengemari melakar lukisan digital serta memanipulasi gambar, Adobe Photoshop adalah persian yang paling terkenal dan digunakan oleh artis profesional. Namun, harganya yang mahal dengan ‘Subscription’ yang harus di renew setiap bulan atau tahunan, ia agak keterlaluan bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan sebagai artis digital. Hari ini MyCompass akan berkongsi 6 perisian pengubalan gambar dan illutrasi yang lebih murah dan secekap Photoshop yang boleh digunakan di Windows dan Mac!

 

 

1. Krita

Krita ialah aplikasi lukisan digital yang direka untuk artis. Sama ada anda mencipta ilustrasi, komik, animasi, seni konsep atau papan cerita. Ia adalah editor grafik raster percuma dan sumber terbuka yang direka khas untuk lukisan digital dan animasi 2D. Ia boleh digunakan pada Windows, macOS, Linux, Android dan Chrome OS, Ia juga dapat menyokong fail PSD (photoshop).

Dengan sokongan komuniti dan berus kustom yang direka oleh pengguna lain, pengguna Krita dapat terokai serta berkongsi hasil kerja mereka. Krita tidak dapat fotomanipulasi dengan lebih teliti seperti Photshop tetapi ia lebih fokus untuk lukisan, ilustrasi dan mempunyai sistem animasi yang lebih baik. Krita mempunyai enjin berus yang besar dan lebih canggih, serta mempunyai mod ‘warp-around’.


2. Art Rage 6

Art Rage direka untuk memastikan artis boleh memberi tumpuan kepada kreativiti mereka. Ia menawarkan berusan cat minyak yang realistik, pensel, warna air, tekstur kanvas dan alat lukisan media tradisional lain, yang boleh disuai sepenuhnya. Art Rage kini dalam versi 6, dan menyokong Windows, macOS dan mobile Apple dan Android peranti dan tersedia dalam berbilang bahasa. Ia sesuai untuk semua umur dan tahap kemahiran, dari kanak-kanak kepada artis profesional.

Demo percuma membolehkan anda untuk mencuba semua ciri-ciri ArtRage 6 untuk masa yang tidak terhad. Harga penuh hanya perlu di beli sekali pada harga 79 USD (RM 320) Menggunakan fizik realistik untuk simulasikan lukisan sebenar dengan medium berus yang diberikan. Alatan lain termasuk menekap, mengosok (smear), mencampurkan, memberi efek yang berbeza mengikut jenis kertas “kanvas” (iaitu kertas licin, kasar, royok, dll.), juga dengan kesan khas, berus suai dan alatan penyuntingan digital asas.



3. GIMP

Pilihan alternatif Photoshop sumber terbuka percuma yang telah wujud sejak sekian lama. GIMP bermaksud GNU Image Manipulation Program (Program Manipulasi Imej GNU) yang tersedia untuk Linux, Windows dan Mac. GIMP adalah antara perisian lukisan yang paling stabil namun dapat menandingi Photoshop.

GIMP menawarkan set alat yang luas, serupa dengan Photoshop dalam banyak cara, dan merupakan pilihan yang bagus jika anda mencari editor imej tanpa kos. Paparan antara muka agak berbeza daripada Photoshop, tetapi versi GIMP tersedia yang meniru rupa dan rasa Adobe, menjadikannya lebih mudah untuk berpindah jika anda meninggalkan Photoshop. GIMP boleh melakukan lebih daripada yang diperlukan oleh kebanyakan pengguna, tetapi Photoshop masih boleh melakukan lebih banyak lagi dari segi manipulasi, Namun dengan dapat memuat turun secara percuma, ia lebih daripada memadai.


4. PaintTooL SAI

PaintTool SAI adalah sebuah perisian lukisan digital yang minimalis. Ia tidak memerlukan keperluan spefikis yang tinggi, malah tetap cekap, dan boleh menambah baik aliran kerja kerana antara muka yang ringkas dan mudah. PaintTool SAI adalah percuma untuk 30 hari pertama, yang merupakan masa yang lebih daripada cukup untuk menguji alat ini sepenuhnya. Selepas percubaan, harganya ialah $49.99 (RM200) untuk lesen sepenuhnya tanpa harus di perbahrui setiap tahun.

PainTool SAI amat sesuai bagi mereka yang mempunyai laptop atau PC yang berspesifikasi rendah atas perisian lukisan yang ringan, sokongan digitizer sepenuhnya, lukisan anti-alias yang menakjubkan, menyediakan operasi yang mudah dan stabil. PainTool SAI menjadikan seni digital lebih menyeronokkan dan selesa bagi semua pengguna.

5. Corel DRAW

Corel Draw ialah program lukisan dan ilustrasi berasaskan vektor bersaing lebih kepada Adobe Illustrator dari Photshop, namun ia digemari ramai kerana fungsinya mempunyai semua alatan yang diperlukan untuk melukis, menyusun, menjejak, mengedit foto atau mencipta grafik dan animasi web. Ia boleh digunakan di Windows, Mac OS, Mac OS X, Linux, CTOS dan OS/2. Ia berharga RM 1,450 setahun atau RM 2,900 sekali beli untuk CorelDraw Ultimate suite atau CorelDRAW Essentials pada RM590 yang lebih sesuai bagi merka yang ingin membuat ilustrasi digital.

Walaupun harga untuk edisi Ultimate lebih kurang dengan Photoshop, antara muka yang mesra pengguna, ciri yang mudah digunakan dan lukisan tangan ke vektor menjadikannya luar biasa untuk setiap pereka grafik. Ramai artis gunakan untuk reka bentuk cetakan, lukisan, dan juga reka bentuk perindustrian.

Corel Draw ialah program lukisan dan ilustrasi berasaskan vektor bersaing lebih kepada Adobe Illustrator dari Photshop, namun ia digemari ramai kerana fungsinya mempunyai semua alatan yang diperlukan untuk melukis, menyusun, menjejak, mengedit foto atau mencipta grafik dan animasi web. Ia boleh digunakan di Windows, Mac OS, Mac OS X, Linux, CTOS dan OS/2. Ia berharga RM 1,450 setahun atau RM 2,900 sekali beli untuk CorelDraw Ultimate suite atau CorelDRAW Essentials pada RM590 yang lebih sesuai bagi merka yang ingin membuat ilustrasi digital.

Walaupun harga untuk edisi Ultimate lebih kurang dengan Photoshop, antara muka yang mesra pengguna, ciri yang mudah digunakan dan lukisan tangan ke vektor menjadikannya luar biasa untuk setiap pereka grafik. Ramai artis gunakan untuk reka bentuk cetakan, lukisan, dan juga reka bentuk perindustrian.



6. Clip Paint Studio

Clip Studio Paint (CSP) ialah program lukisan digital serba boleh yang sesuai untuk rendering dan melukis dengan banyak ciri berguna dan uniknya. CSP edisi Paint Pro boleh didapati pada RM200 manakala edisi Paint EX boleh didapati pada RM900 di Windows, macOS, iPad, iPhone, Galax, Android dan Chromebook

Melukis dengan bebas secara vektor yang masih kelihatan ‘natural’, fungsi lapisan vektor membolehkan anda mengedit garisan selepas anda melukisnya tanpa menjejaskan kualiti garisan biarpun megubah ketebalan atau memadam sebahgian dari garisan. Dengn ada nya model 3D dan perspektif sebagai rujukan, ia membuat proses melukis lebih senang dan cepat. Apabila meletakkan bahan 3D, anda boleh melihat dari empat sudut serentak. Anda juga boleh menukar kedudukan kamera dan titik fokus pada lapisan 3D. Asset 3D juga boleh dimuat turun dan berkongsi dengan komuniti CSP.

Banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk memulakan perjalanan anda sebagai artis digital! Dengan tutorial serta portal komuniti bagi sesetengah perisian sumber terbuka, anda pasti dapat belajar untuk menjadi seorang artis grafik atau pelukis digital! Jika anda berminat mengenai selok belok dunia lukisan digital dan mempertimbangkan artis grafik digital sebagai karier, terokai dengan lebih lanjut mengenai bidang media digital dengan mendaftar bersama MyCompass disamping mengenal pasti potensi terbaik dan maksima anda.