6 Bunga Yang Luar Biasa Dari Laman Kita

Bunga adalah penyeri alam yang semestinya mempersonakan dengan rupa atau baunya. Kebanyakan bunga sinonim dengan kecantikan dan kebahgiaan. Tetapi, tidak semua bunga sebegitu! Hari ini, MyCompass ingin memperkenalkan 6 bunga luar biasa yang mungkin anda tidak pernah dengar atau lihat sebelum ini!

 

1. Halia Hutan

Halia hutan juga dikenali sebagai Beehive Ginger sebenarnya dari keluarga halia atau rhyzome. Bunga atau kepala bunga ini mengumpul air hujan dan apabila anda perah, anda boleh digunakan sebagai shampu natural! Pokok ini juga kerap digunakan di dalam bidang perubatan tradisional dan juga moden.

Halia hutan ini boleh dijumpai di negara beriklim khatulistiwa, ia memerlukan sinar matahari dan tanah yang lembab

 

2. Jade Vine

Tumbuhan ini hanya tumbuh di hutan hujan sungai yang lembap di Filipina. Koleksi bunganya yang tergantung membesar sepanjang 90cm, dan warnanya yang terang ibarat kilauan menarik kelawar untuk pendebungaan pada waktu senja. Spesis ini terancam di alam liar dan lebih jarang ditemui dalam penanaman. Warna nya hijau ungu-kebiruan yang terang sememangnya membuat ia kelihatan lebih menonjol di dalam persekitaran yang hijau.

 

3. Youtan Pulou

Youtan poluo adalah sebuah bunga yang sangat kecil dan halus, kebanyakannya disalah anggap sebagai telur serangga lacewings. Ia salah satu bunga paling jarang di dunia dan mempunyai mitos menarik tentang pertumbuhannya. Bunga halus ini dipercayai mekar sekali dalam 3000 tahun dan dikatakan menandakan kedatangan seorang raja diraja.

Nama tempatan untuk bunga jarang ini di China, ialah Udumbara. Udumbara, dalam bahasa Sanskrit, bermaksud bunga bertuah yang turun dari syurga. Bunga ini mekar di mana-mana permukaan dan objek seperti logam, kayu, dan lain lain. Ahli botani masih tidak dapat mengetahui sama ada tumbuhan itu adalah lumut atau kulat. Youtan Poluo berukuran hanya 1 mm diameter dan mengeluarkan wangian seperti kayu cendana yang lembut namun ketara.

 

4. Bunga Labu Ular

Labu ular adalah sebuah tumbuhan sayur yang kerap di makan oleh orang asia, apa yang menarik adalah putik bunga putihnya yang mempunyai sesawang kaki yang akan membuka dan tutup mengikut waktu.

Pada waktu malam, putik bunga labu ular perlahan-lahan terbentang menjadi bunga putih yang cantik dan wangi semerbak, dihias dengan sulur panjang seperti renda. Bunga ini boleh diguna untuk mencambahkan pokok sayur ini dengan mendebungakan bunga jantan kepada betina sangat mudah. Bunga betina mempunyai bentuk labu kecil di bawah bunga, manakala bunga jantan tumbuh pada batang tanpa bentuk bebola di bawah bunga.

 

5. Titan Arum (Bunga Mayat)

Oleh kerana baunya seperti mayat yang reput, titan arum dicirikan sebagai bunga bangkai, dan juga dikenali sebagai bunga mayat atau tumbuhan mayat. Bunga ini kelihatan jauh lebih besar dari bunga terbesar di dunia iaitu rafflesia tetapi sebenarnya seluruh komposisi tumbuhan ini adalah bunga Titan arum yang sangat kecil dan berkumpul menjadi struktur berbunga besar yang dipanggil perbungaan. Bunga ini mempunyai perbungaan tidak bercabang terbesar di dunia yang boleh berdiri sehingga 3 meter di atas tanah.

Apabila mekar, pancang bunga titan arum (spadix) menghasilkan haba. Ini membantu perjalanan bau dan boleh menarik pendebunga dari jarak sehingga setengah batu. Bau yang memualkan ini dihasilkan untuk menarik pendebunga yang suka makan dan membiak pada daging, Titan arum hanya mengeluarkan bau busuknya untuk satu petang semasa mekar. Titan arum hanya tumbuh di hutan hujan Sumatera, tetapi ia terancam di alam liar akibat penebangan hutan dan degradasi tanah. Bunga Titan arum yang tidak dapat diramalkan dan jarang berlaku.

 

6. Bunga Bakawali

Dikenali sebagai permaisuri malam, bunga ini mengeluarkan bau yang amat harum pada waktu malam. Bunga ini juga adalah bunga termahal di dunia kerana ia jarang mekar yang berlaku hanya pada waktu malam, dan bunganya layu sebelum subuh. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga Kadupul merupakan bunga asli Sri Lanka dari wilayah Kadupul, kelopaknya memiliki warna putih dan kuning yang indah. Bunga ini dapat tumbuh hingga 30 sampai 40 sentimeter. Selain di Sri Lanka bunga ini juga dapat ditemukan di beberapa negara India dan Amerika Selatan

Terdapat beberapa versi parfum sintetis yang terinspirasi dari bunga Bakawali. Meskipun keharuman bunga ini sangat sulit untuk diformulasikan, sehingga mungkin tidak ada wangian yang benar-benar mendekati aroma bunga ini.

 

Hebat bukan ciptaan tuhan? Pelbagai jenis-jenis bunga dengan sifat yang lain dari yang lain. Ada yang menawan dan ada yang menakutkan. Jika anda berminat tentang bidang kajian bunga & tumbuhan dan ingin menceburi profesyen sebagai botanist , mari daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda!