5 Tips Mengeratkan Hubungan Bersama Keluarga di Syawal Ini

Keluarga meluangkan masa makan bersama

Aidilfitri tahun ini lain daripada aidilfitri yang disambut sebelum ini. Walalpun sebegitu ia tetap istimewa. Hari Raya disambut di rumah bersama keluarga terdekat. Budaya kita keluar beraya sepanjang Syawal kini diganti dengan duduk di rumah sejak berlangsung perintah kawalan peregerakan bersyarat (PKPB).

Syawal tahun ini akan diluangkan bersama keluarga tercinta kita. Hubungan keluarga yang positif menjanjikan hidup yang lebih tenang dan bahagia, serta dapat mencipta suasana yang harmoni. Di sini kami membawa 5 tips untuk mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga.

1. Meringankan tulang

Tolong menolong adalah kunci asas untuk membina kepercayaan dan menunjukkan anda mengasihi orang tersebut. Luangkan sedikit masa untuk tolong ahli kelurga lain ketika waktu di rumah ini. Biarpun secara fisikal atau sekadar mendengar masalah ahli keluarga.

Apabila anda pula mempunyai masaalah atau tersepit didalam kesusahan, ahli keluarga lain akan berada untuk menolong kamu kembali.

 

2. Makan bersama-sama

Salah satu cara untuk meningkatkan masa bersama keluarga adalah memastikan sekurang-kurangnya makan beramai-ramai sebagai keluarga sehari sekali. Lebih baik jika hali keluarga tolong menolong untuk memasak dan berjuadah sekali . Membuat ritual ini mendorong anak-anak dan ahli keluarga yang lain untuk menantikan waktu untuk bersama.

Antara faedah lain makan bersama secara berkala adalah membuka peluang untuk berkomunikasi dengan lebih terbuka dan jelas dalam situasi seperti ini daripada senario lain.

 

3. Membuat jadual untuk bersama keluarga

Ramai ahli keluarga tidak meluangkan cukup masa atau masa berkualiti bersama-sama, terutamanya ketika anda dan pasangan anda bekerja berjam-jam di tempat kerja anda dan anak-anak sibuk dengan sekolah dan ekstrakurikuler mereka aktiviti sebelum ini.

Dengan perintah PKBP,  kini ahli keluarga akan sentiasa berada bersama di rumah. Walaupun sebegitu, sangat penting untuk menjadualkan waktu keluarga yang sesuai. Asingkan waktu untuk berkerja, rehat dan waktu untuk meluangkan masa bersama sama.

Buatkan rutin baru seperti solat bersama atau menonton siri dan drama sekali bersama seluruh keluarga. Buatkan aktiviti yang sesuai dimainkan bersama seperti memain game atau mengemas bersama.

Jangan juga lupa untuk meluangkan masa antara individu juga. Waktu terluang bersama antara satu dan satu dapat membuat mereka lebih terbuka dan mempercayai anda. Sering kali, orang lebih selesa membicarakan perkara-perkara penting bagi mereka dalam suasana ini berbanding berada bersama orang lain dikalangan.

 

4. Menyelesaikan masalah bersama

Apabila tercetusnya sebuah masalah, carilah solusi masalah tersebut, bukan dengan menyerang penyebab masalah itu. Sekiranya terdapat masalah di kalangan ahli keluarga, pastikan bahawa fokusnya selalu pada masalah itu sendiri, bukan dengan memarahi dan menilai seseorang.

Dengan kata lain, tunjukkan kasih sayang kepada orang itu sambil menyampaikan keprihatinan terhadap apa yang dilakukan oleh individu itu dan jelaskan mengapa anda terganggu dengan apa yang telah berlaku.

Sentiasa mengunnakan nada yang tenang dan jangan meninggikan suara. Berikan peluang untuk ahli keluarga tersebut bercakap dan mengambil masa untuk berfikir secara rasional sebelm menjawab.

 

5. Meminjam barangan anda

Ketika waktu PKPB ini berlangsung, ia lebih sukar untuk keluar membeli barangan. Kebanyakan pembelian kini berada di atas talian melalui laman web dan memerlukan masa untu sampai di hadapan pintu rumah. Jika ada ahli keluarga memerlukan sesuatu, berkongsi lah bersama mereka jika anda ada lebih.

Berkongsi menunjukkan anda mempercayai mereka. Malah ia menunjukkan anda usaha untuk menolong mereka di waktu yang penting. Jika anda kerap meminjam barangan ahli keluarga lain, ia lebih elok untuk anda menggantikan dengan membeli baru sebagai tanda terima kasih.