5 Sebab ‘Tidur Siang’ Sangat Bagus Untuk Kesihatan!

Orang cakap tidur di siang hari  tak elok dan ramai juga yang mempercayai bahawa tidur lewat malam juga tak elok. Sebenarnya bukan soal waktu anda tidur itu yang perlu dinilai dan dipersoalkan. Oleh hal begitu, tidur yang terbaik adalah tidur yang berkualiti tanpa mengira waktu dan ketika.

Siang adalah masa untuk bekerja bukannya masa untuk tidur atau berehat,  betul ke? Sebenarnya tidak kisahlah bila-bila masa, ketika dan dimana anda berada untuk anda tidur adalah bergantung kepada kualiti tidur anda. Tidak semestinya siang hanya untuk bekerja keras semata-mata.

Jika anda dalam keletihan, segala aktiviti harian anda seperti tugasan dipejabat tidak dilaksanakan secara berkualiti dan anda juga kelihatan letih dan lesu. Oleh hal demikian, dapatkan tidur disiang hari walaupun hanya seketika kerana dengan tidur dapat meningkat semula tenaga dan produktiviti minda anda.

Keberkesanan Tidur Siang

Tidur siang yang sihat adalah antara jam 1.00 – 3.00 petang yang tidak melebihi 45 minit. Jika berlebihan, ia akan menyebabkan bangun dengan kepala berat dan badan menjadi lesu.

1.Lebih Peka dan Responsif

Anda pasti ketahui bahawa tenaga mulai menurun pada waktu petang. Anda mula rasa mengantuk dan hilang fokus. Ia berlaku kepada kebanyakan kita, dan cara paling senang untuk mengembalikan tenaga adalah dengan tidur siang.

National Sleep Foundation mengesyorkan tidur siang selama dua puluh hingga tiga puluh minit, boleh meningkatkan kecerdasan dan prestasi tanpa membuatkan anda rasa lemah dan tepu, bahkan tidak mengganggu tidur malam.

2. Mengubati insomnia

Sesiapa yang mengalami masalah sukar tidur malam. Praktikkan ini!

Satu kajian mendapati bahawa individu yang tidur siang selama 15 minit akan berasa lebih fokus dan kurang mengantuk walaupun kurang tidur pada waktu malam. Ini kerana 1 minit tidur pada waktu siang bersamaan 45 minit tidur pada waktu malam!

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Adakah anda tahu individu yang tidur siang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu adalah 37% lebih rendah kemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung?

Menurut National Institute of Health berpendapat bahawa tidur siang berguna untuk menurunkan tekanan. Tekanan tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung dan keradangan. Inilah sebab mengapa doktor mengesyorkan meluangkan masa untuk berehat semasa tekanan, kerana dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Meningkatkan daya ingatan

Satu kajian menyatakan bahawa tidur siang selama 45 minit dapat meningkatkan daya ingatan. Peningkatan daya ingatan ini terjadi dalam fasa slow wave sleep atau tidur gelombang pendek yang terjadi ketika tidur siang.

5. Membantu bangun malam dari segi perspektif Islam

Tahukah anda tidur siang diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ianya membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari’. Tidur siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Sumber:www.wanista.com