5 Mitos COVID-19 Yang Di Sangkakan Benar

Begitu bayak mitos dan berita tidak tepat mengenai COVID-19 menular di dalam sosial media dan aplikasi mesej berjaya untuk memperdayakan ramai rakyat Malaysia. Lebi bahaya jika mitos tersebut dikaitkan dengan ‘cara memulihkan sistem imun’ menggunakan bahan yang membahaya tanpa kaji selidik atau diistiharkan selamat oleh badan profesional.

Apa kata kita lihat beberapa mitos COVID-19 (Cov19) yang ‘famous’ di kalangan pengguna sosial media dan lihat jika ia nya benar.

Lampu UV mampu bunuh virus Cov-19 di baju dan badan

Cahaya ultraviolet (UV) adalah sejenis sinaran yang mempunyai lebih banyak tenaga daripada gelombang radio digunakan untuk membunuh kuman dan virus. Penggunaan lampu UV dijangka masa yang panjang untuk membunuh virus di badan kemungkinan akan memberi impak negatif kepada diri seperti kerosakan dan kanser kulit.

Kaedah pengunaan lampu UV ini dilakukan di peringkat industrial serta profesional dan tidak digalakkan diguna di rumah. Jenis lampu UV yang dijual secara komersial juga tidak cukup kuat untuk membunuh kuman dan virus yang kuat setelah pencahayaanya diubah suai supaya ia tidak memudaratkan pengguna.

Terus mandi dan membasuh baju yang dipakai sebelum melakukan apa apa aktiviti lain apabila tiba pulang ke rumah adalah langkah yang lebih selamat dan efektif.

Pengunaan Penapis Udara Boleh Membunuh Cov-19

Penapis udara dengan kelulusan HEPA mampu mengurangkan penularan Cov-19 di dalam bilik tersebut namun tidak dapat membunuh Cov-19 sepenuhnya. Pembersih udara dapat menjadi alat yang berguna untuk digunakan di rumah dan ruang tertutup kerana mereka meningkatkan peredaran udara, memperkenalkan udara segar ke ruang sambil mengeluarkan udara yang berpotensi tercemar, penapis udara yang kecil tidak dapat melakukannya dengan efektif.

Pembersih udara dengan HEPA, atau penapis “udara partikel berkecekapan tinggi” dapat menangkap sekurang-kurangnya 99.97% zarah-zarah udara yang berukuran sekurang-kurangnya 0.3 mikron,mengikutkan Shelly Miller, profesor kejuruteraan mekanikal di University of Colorado Boulder.

Para pakar dari Nasa mengesahkan bahawa ketika virus tersebut dikemas dalam tetesan pernafasan, penapis HEPA mungkin dapat memerangkap dan mengeluarkan zarah-zarah tersebut. Pembersih udara, bagaimanapun, tidak menggantikan keperluan memakai topeng muka, menjaga jarak sosial dan mengamalkan kebersihan tangan.

Anda akan menjadi imun dan tidak akan dijangkiti Cov-19 sekali lagi jika anda sudah pulih dari Cov-19 sebelum ini

Kenyataan ini sudah terbukti tidak benar apabila lebih dari 120 telah diuji kembali positif untuk Cov-19 di Korea setelah pulih sepenuhnya. Sebilangan daripada mereka diuji positif lagi untuk virus lima bulan selepas pemulihan sebelumnya.

Nyamuk Boleh Membawa Virus Cov-19

Tidak ada bukti bahawa coronavirus novel boleh disebarkan melalui nyamuk. Virus ini dapat disebarkan titisan dari batuk, bersin atau air liur pesakit.

Namun kes Denggi kurang diberi perhatian sejak wabak Cov-19 menular. Kita haruslah sentiasa beringat untuk mengemaskan perkarangan rumah dan elakan takungan air dimana nyamuk aedes boleh membiak.

Minuman Alkahol Mampu Membunuh Virus Di Dalam Badan

Minum alkohol, seperti bir, minuman keras, wain tidak membantu mencegah coronavirus. Alkohol hanya mampu membunuh virus di permukaan luaran seperti kulit dan barangan, namun pengunaan alkahol yang banyak di kulit mampu menipiskan kulit. Jadi anda harus kerap mencuci tangan dengan sabun dan mengurangkan menyentuh muka.

Sumber: Who.Int, CNBC.com