5 Kepentingan Belajar Bahasa Baru Yang Perlu Anda Tahu

Nelson Mandela merupakan salah satu tokoh perdamaian dunia yang terkenal, pernah berkata, “Jika anda bercakap dengan bahasa yang mudah difahami, mereka akan cepat faham dan masuk terus ke kepala. Sekiranya anda bercakap menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, maka ia akan pergi ke hatinya.”

Sehubungan dengan itu, Mandela mendedahkan perkara yang penting apabila kita belajar bahasa baru. Apabila kita berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda seseorang dari luar negara, kita dapat memupuk rasa hormat pada orang lain dan dapat hargai budaya dan warisan bangsa lain.

Jika anda pergi ke Perancis dan bercakap didalam bahasa Inggeris, mungkin hanya sesetengah orang akan faham tetapi jika anda bercakap bahasa Perancis, mereka akan teruja kerana melihat anda menghargai bahasa mereka. Anda akan dihargai dengan lebih baik hanya kerana bahasa sahaja.

Pelbagai kajian turut membuktikan, menguasai lebih dari dua bahasa meningkat keupayaan otak di dalam pelbagai bahagian. Berikut adalah 5 kepentingan belajar bahasa baru

 

1) Memberi anda peluang pekerjaan yang lebih baik

Antara syarat bonus yang biasa untuk calon pekerja sekarang adalah sekurang-kurangnya mahir dalam dua bahasa atau lebih. Jika anda dapat kuasai lebih dari dua bahasa, majikan akan lihat potensi anda untuk pergi lebih jauh.

Selain itu, apabila anda belajar bahasa baru, majikan percaya anda boleh menjadi titi antara  bahasa apabila berhubung dengan “client” dalam perniagaan dari luar negara dengan bahasa kedua yang anda pelajari.

Hampir semua perniagaan tidak kira kecil atau besar akan mendapat manfaat daripada pekerja yang pandai bercakap lebih dari dua bahasa dan juga memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing dengan pekerja atau pemohon yang lain.

 

2) Boleh meningkatkan prestasi kognitif bahasa anda

Para penyelidik mendapati bahawa seseorang yang dwibahasa, apabila mereka bercakap dalam satu bahasa, bahagian otak yang lain aktif pada masa yang sama. Di dalam sebuah penyelidikan, dewasa muda yang mahir dalam dua bahasa menunjukkan prestasi yang lebih baik pada ujian perhatian dan mempunyai penumpuan yang lebih baik daripada mereka yang hanya bercakap satu bahasa.

Otak mereka bergantung pada fungsi eksekutif, seperti attention (perhatian) and inhibition (pencegahan). Orang yang dwibahasa menggunakan mekanisme ini apabila mereka bercakap atau mendengar. Tidak kira bahasa apa yang sedang anda belajar, ia boleh tingkatkan kognitif bahasa anda dan otak akan berfungsi dengan lebih baik dalam sesuatu perkara.

 

3) Boleh berhubung dengan penduduk dari budaya lain

Nelson Mandela membuktikan apabila belajar bahasa baru dan bercakap bahasa lain dapat merapatkan jurang antara anda dengan seseorang dari budaya yang berbeza.

Selain daripada bertanya akan tempat atau arah tuju semasa berada di luar negara, anda juga boleh bersembang ringan dan bina persahabatan dengan mereka.

Kenapa anda perlu berhubung dengan orang yang bercakap bahasa yang berbeza? Anda akan mula memahami budaya yang mana dapat membantu anda menjadi lebih terbuka, bertolak ansur, dan lebih berilmu.

 

4) Dapat memperbaiki kawalan diri (self-control)

Bila anda belajar dan bercakap bahasa baru, secara automatik kawalan diri anda dapat diperbaiki dengan lebih baik. Dwibahasa dapat meningkatkan kepekaan terhadap rangsangan yang betul. Amalan ini membantu orang yang dwibahasa untuk membuat keputusan yang cepat dan memberi perhatian yang lebih tajam terhadap sesuatu yang telah ditetapkan oleh fikiran.

Satu kajian juga menunjukkan bahawa orang yang dwibahasa membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Pusat bahasa di dalam otak sangat fleksibel, mempelajari bahasa kedua boleh mengembangkan kawasan minda yang baru dan menguatkan keupayaan semula jadi otak anda untuk fokus untuk membuat keputusan yang lebih rasional.

 

5) Dapat memahami budaya sendiri dengan lebih baik

Apabila anda belajar bahasa dan budaya baru, anda juga dapat mempelajari perbezaan dan persamaan gaya kehidupan yang dikongsi. Dengan ini, anda mendapat sentuhan budaya anda sendiri dan juga budaya lain.

Sebagai contoh, rutin sarapan pagi kita di Malaysia terdiri dari nasi lemak, roti canai dan minuman panas. Jauh sekali dengan budaya di negara Amerika, memulakan hari mereka bersarapan dengan bijirin, roti, telur dan hirisan daging. Apabila anda melihat sesuatu yang pelik atau aneh dalam budaya lain, anda perlu sedar bahawa budaya anda juga unik di mata mereka. Dengan ini, anda mula menghargai warisan negara anda sendiri dengan lebih mendalam.

 

Belajar bahasa baru adalah salah satu cabaran yang besar, tetapi jika anda mahir bahasa sendiri dengan baik, pembelajaran bahasa baru akan jadi lebih mudah. Selain itu, ia dapat luaskan pemikiran dan pandangan anda malah akan dapat banyak peluang baru untuk diteroka. Ingin ketahui lebih tentang mempelajari bahasa baru? Kenali potensi diri anda dengan mendaftar bersama MyCompas dan terokai keupayaan anda.

 

Sumber: Verbling, Whit By School, Latino Literacy