5 Kategori Pekerjaan Mulia Menentangi Pandemik Covid-19 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Novel virus Corona yang dikenali sebagai Covid-19 merebak keseluruh dunia dan rakyat Malaysia turut diselebungi. Dalam masa tergenting ini, 5 sektor pekerjaan ini telah melakukan segalanya yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Kini Malaysia berada di bawah ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) dari 18 Mac hingga 14 April 2020. Kesemua rakyat diharuskan berada di rumah sahaja jika tiada urusan kecemasan atau keperluan di luar. Ketika tempoh PKP terdapat 6 arahan yang terkandung iaitu:

i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)

Dengan ini, ia telah menjejas pergerakan serta kerja-kerja yang mereka tinggal di Malaysia kecuali mereka yang berkhidmat untuk membanteraskan wabak Covid-19 ini. 25 sektor yang akan beropersi ketika PKP ini dilangsungkan.

1) Air
2) Elektrik
3) Tenaga
4) Telekomunikasi
5) Pos
6) Pengangkutan
7) Pengairan
8) Minyak
9) Gas
10) Bahan api
11) Pelincir
12) Penyiaran
13) Kewangan
14) Perbankan
15) Kesihatan
16) Farmasi
17) Bomba
18) Penjara
19) Pelabuhan
20) Lapangan terbang
21) Keselamatan
22) Pertahanan
23) Pembersihan
24) Peruncitan
25) Bekalan makanan

 

1. Doktor dan Jururawat

Pekerjaan ketika Covid 19

Kakitangan di hospital memakai PPE. Gambar ihsan: Astro Awani

Bertaruh nyawa sendiri merawat mereka yang telah dijangkiti COVID-19, tanpa mengenal kepenatan dan bertungkus lumus mencuba menyelamatkan nyawa-nyawa pesakit. Jururawat yang harus membersihkan serta menjaga pesakit berada di wad dan para doktor yang menghadap serta memastikan kesihatan mereka yang terjangkit pulih kembali memakai pakaian hazmat sehingga bermandi peluh sendiri dan kekeringan kulit akibat menggunakan sanitizer.

 

2. Para Pembersih dan Hazard

Sanitasi Covid19

Gambar ihsan: Free Malaysia Today

Jika ada orang yang terjangkit, keseluruhan premis tersebut harus disanitasi sehingga tiada satu pun virus tersebut yang tertinggal. Mereka juga terpaksa hadap risiko untuk terjangkit ketika menjalankan prosedur pembersihan tersebut. Dengan kepanasan memakai sut PPE mebersihkan kawasan tersebut supaya ia kembali selamat untuk orang awam. Janganlah kita memandang kerja pembersihan ini sebuah kerja yang ‘kotor’ walaupun sudah lepas musim wabak kerana tanpa mereka, kita tidak mampu tinggal dalam persekitaran yang tidak terurus.

 

3. Polis dan Tentera

Polis dan Tentera Covid19

Gambar ihsan: Astro Awani

Polis terpaksa berkerja lebih keras mencari mereka yang masih belum membuat saringan kesihatan jika ada orang awam mempunyai kontak yang telah terjangkiti wabak Covid-19. Polis juga akan menjaga jalan jalanan bersama pihak tentera  memastikan tiada orang keluar rumah tanpa sebab kukuh seperti membeli barang keperluan atau mengambil orang yang tidak mempunyai pengangkutan supaya kebarangkalian untuk wabak ini merebak dikurangkan sepenuhnya.

 

4. Logistik

Servis penghantaran makanan ketika Covid-19

Gambar ihsan: MSN.com

Lebih dari 32 juta penduduk Malaysia terpaksa duduk dirumah ketika PPT. Pada ketika ini, pihak logistik telah banyak menolong mendapatkan barang keperluan serta barang ‘shopping’ online bagi mereka yang sudah tepu berada dirumah sepanja tempoh PPT. Para ‘riders’ seperti Foodpanda, Lalamove, Bungkusit, GetRunner dan servis pos seperti PosLaju  serta logistik lain lain membawa barang keperluan sehingga tidak mencukupi permintaan tetapi demi rakyat, mereka tetap berkerja hingga ke tengah malam.

 

5. Servis

Servis makanan kepada doktor

Bekalan makanan untuk para barisan hadapan yang disediakan oleh ‘Dapur Ajaib’

Ramai juga yang berada dirumah cuba menolong mereka yang berada di barisan hadapan. Mereka yang berkhidmat dalam sektor ‘essential services’ harus berkerja demi kemakmuran negara. Bagi memastikan kehidupan rakyat selesa dan ekonomi tidak jatuh ketika waktu yang kelabu ini.

Pihak servis katering membekalkan makanan bersama NGO yang menolong mendapat kan bekalan makanan bagi doktor-doktor yang bekerja 18 jam sehari. Makanan dimasak disiapkan pada pagi teresbut dan tidak senang basi supaya dapat kekal sehingga waktu malam.

Beberapa ‘3d designer’ juga telah menolong sektor perubatan ini dengan membuat peralatan kesihatan menggunakan pencetak 3d dan diberi kan kepada pihak hospital kerana kehabisan barangan tersebut. Ada juga mereka yang menolong membuat sut ‘PPE’ menggunakan plastik sampah dan dipotong serta diubah suai hampir menyerupai sut ‘PPE’ diberikan kepada mereka yang menghadap orang yang terjangkiti. Hanya kerana kita tidak meliht berita ini secara meluas, tidak bermaksud kita tidak menghargai usaha mereka cuba menolong para doktor yang ada.

Pada masa ini, perkerja-perkerja mulia ini meletakkan nyawa tersendiri dalam pandemik bahaya ini demi keselesaan hidup harian rakyat Malaysia. Ada yang mencuba sedaya upaya untuk menolong barisan hadapan ini untuk terus berkhidmat kepada kesejahteraan negara. Kita seharusnya berasa syukur dan berterima kasih kepada mereka. Mari lah kita tolong mereka dengan duduk di rumah untuk membanteraskan ketularan wabak Covid-19 ini. Terima kasih kepada hero-hero ini, anda adalah penyelamat masa hadapan negara dan dunia, bersama.