4 Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memulakan Perniagaan Pertama Anda

Bukan senang untuk membuka dan menjaga perniagaan serta memastikan tidak akan gulung tikar. Ada banyak sebab sebenarnya yang boleh membuatkan perniagaan kita gagal.

Secara umumnya ia terbahagi kepada dua faktor:

  1. Faktor diluar kawalan – Tidak ada siapa yang boleh kawal. Contohnya seperti kejadian malapetaka ribut taufan dan sebagainya adalah diluar kawalan kita. Berlaku perang di tempat perniagaan kita juga tak boleh buat apa-apa. Begitu juga jika berlaku kemelesetan ekonomi di mana ramai tak ada kerja dan semua orang berjimat cermat, adalah diluar kawalan kita. Kebanyakan biasanya inilah yang usahawan jadikan alasan bila dia gagal. Nak bagi tahu yang dia betul jugak ler tu agaknya!
  2. Faktor yang boleh dikawal – Inilah faktor yang kita nak lihat selepas ini. Rata-rata faktor yang ada di bawah kawalan kita ini sering dipandang sepi dan tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan serius.

Berikut saya kongsikan 5 perkara yang anda sendiri boleh buat untuk elakkan perniagaan daripada mengalami kegagalan.

1. Buat perancangan dan elak perniagaan gagal

Penting untuk merancang kenaikkan pernigaan terumtama untuk jangka masa pendek dan panjang. Membuat unjuran sebagai ‘penanda aras’ penting supaya dapat mengejar kembali target yang telah ditetapkan.

” Gagal merancang bermakna anda merancang untuk gagal “

Tapi peliknya betapa ramai para usahawan yang buat kerja suka ikut main redah mengikut kekuatan daya hafalan jalankan perniagaan begitu saja tanpa merancang.

Setiap kali disebut perkara ini akan ada soalan keluar bagaimana nak merancang?

Bila ditanya berapa hasil jualan anda 3 bulan lepas, anda akan tersipu-sipu malu tak tahu nak jawab. ” Tak ingat ler…”. Itu belum tanya lagi berapa kos perbelanjaan perniagaan anda 3 bulan lepas, kalau hasil jualan tak tahu, apatah lagi jumlah perbelanjaan.

Bagaimana nak merancang kalau anda tak tahu di mana kedudukan anda sekarang? jadi perkara asas untuk membuat perancangan adalah dengan mengetahui kedudukan diri.

Kalau nak minta panduan bagaimana nak pergi ke KLCC, anda perlu berutahu saya terlebih dahulu di mana anda berada sekarang. Jangan main tanya dan minta panduan pergi KLCC tapi kat mana duduk saya tak tahu punca… jem nak jawab begitu.

Tapi yang seronoknya, bila ditanya apa hasrat anda untuk perniagaan anda sekarang, akan dijawab, ” nak tingkatkan jualan…”, hasil jualan 3 bulan lepas pun tak tau, nak tingkatkan jualan konon? kamu tahu ke apa yang kamu cakap ni?

2. Mengenali Lokasi Sebelum Memulakan Perniagaan

Ini adalah di bawah kawalan anda jikalau masih belum jalankan perniagaan. Tapi kalau dah jalankan, dan terbukti lokasi itu tidak berapa mujarab, maka jadikan pindah lokasi sebagai satu perancangan anda segera. Cara ini mungkin mengambil bajet yang sedikit tinggi.

Sewa kepada tempat tersebut biasanya jauh lebih murah dari tempat yang padat tetapi wang yang berlebihan dari ini boleh digunakan untuk mempromoskan lagi kedai tersebut.

Biasa terjadi pada para usahawan yang tak berjaya adalah membiarkan keadaan semasa menentukan lokasi yang akan dipilihnya. Dia tidak mahu ambil tanggung jawab menentukan lokasi dan biarkan keadaan dirinya dan keadaan semasa buat keputusan untuknya.

Lebih elok untuk mengkaji jika kawasan tersebut mempunyai pengangkutan awam, sekolah atau iniversiti, kawasan perindustrian atau pejabat untuk membuat pemasaran mengikut persekelilingan.

Membuat promosi mengikut demo penduduk perekitaran akan menolong menarik lagi orang ke kedai anda.

3. Membuat Pemasaran Kepada Sasaran Yang Betul

Di dalam era yang maju teknologi dan sosial media, ‘marketing’ amat lah penting. Walaupun jika lokasi kedai anda tidak begitu bagus walaupun sewa murah, gunakan peluang ini untuk mengiklankan kedai anda di social media.

Kalau ada bajet extra, boleh la membayar ‘post’ yang viral untuk menarik perhatian. Penting juga untuk mengetahui demo penduduk dan orang yang ada di kawasan tersebut seperti murid-murid atau orang yang berkerja untuk membuat promosi yang kena dengan mereka.

 

4. Bertanya Kepada Mereka Yang Lebih Berpengalaman

Penting untuk bertanya kepada mereka yang pernah menghadapi kejatuhan dan membangun kerana itulah cara untuk mempelajari dari kesilapan dan cara memperbaiki perniagaan anda sebelum menjadi kepada diri anda.

Berkongsi tips dan pengalaman boleh membuka kepada idea dan cara pendekatan kepada perniagaan anda. Kemungkinan anda boleh membuat taktik pemasaran yang lebih efektif dan berjaya untuk perniagan anda.