UPSR di mansuhkan, PT3 di batalkan untuk tahun ini

Sebuah siaran langsung Sidang Media Khas oleh YB Menteri Kanan, Dr Radzi Jidin mengmumkan Pendidikan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang mula diperkenakan kepada murid-murid tingkatan 3 sejak tahun 2014 selepas pemansuhan PMR akan dibatalkan pada tahun ini.

PT3 dibatalkan pada 2020 untuk tujuan kemasukan murid ke asrama. Untuk tahun ini pula, PT3 di batalkan diatas sebab penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Bagi murid yang berhasrat untuk memasuki asrama, murid boleh mengambil ujian Pentafsiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) daripada mengambil PT3. PT3 akan kembali untuk tahun 2022.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021 dan tidak akan ada peperiksaan gantian menandakan berakhirnya ujian tersebut setelah 33 tahun keberadaannya.

Pentaksiran murid bagi tahun 2021 akan berdasarkan 3 komponen utama iaitu PBD,PPsi dan PAJSK. PBD akan dilaksanakan di peringkat sekolah secara kesuluruhan dari awal sehingga ke habis persekolahan supaya guru dapat mengikuti perkembangan dan pencapian individu setiap murid.

Hasilnya, secara umum Kementerian Pendidikan mengharapkan guru guru dapat menggunakan kreativiti dan ruang untuk mengajar murid di sekolah rendah degan lebih efektif dari meletakkan dalam acuan ilmu yang terhad.

Sumber: Facebook Dr.Radzi Jidin