Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pilihan Bakal Perwira Negara

Saya nak jadi pegawai tentera!

Rata-rata ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan bercita-cita untuk menjadi pegawai tentera masih tertanya-tanya institut pengajian tinggi yang mana ada menawarkan latihan ketenteraan secara khusus. Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan melatih anda menjadi pegawai askar yang segak dan gagah!

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengambil 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan diberi elaun dan lain-lain bantuan seperti pakaian, makan dan minum. Namun Pegawai Kadet tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 serta perlu menjalani Latihan Ketenteraan semasa mengikuti pengajian di UPNM.

Manakala sebagai Pelajar Awam, pelajar akan ditanggung oleh PTPTN (dengan syarat perlu memohon) ataupun penaja kewangan lain seperti MARA, JPA, Kerajaan Negeri dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan pembiaya tersebut. Pelajar Awam tidak menjalani Latihan Ketenteraan tetapi perlu mematuhi kehidupan berdisiplin semasa berada di UPNM.

SYARAT KELAYAKAN AM

Jantina.

  • Lelaki dan Wanita.

Umur.

  • 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun.

Fizikal.

  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

Taraf Kesihatan.

  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan Akademik.

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan mana-mana 3 subjek lain serta sekurang-kuerangnya Gred C+ dalam subjek Bahasa Inggeris seperti di dalam syarat program yang ditawarkan oleh Universiti.

PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

Pelantikan.

  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet UPNM untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.

Pentauliahan.

  • Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

Gaji.

  • Berdasarkan Skim Gaji sedia ada.

Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.

PROGRAM DI TAWARKAN

Program-program pengajian yang ditawarkan ialah:

Pusat Asasi Pertahanan

  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470)
  • Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220)
  • Asasi Perubatan (Z0080)

Tempoh pengajian Asasi ialah  1 tahun. Seterusnya pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Syarat kemasukan bagi program Asasi Pertahanan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Muat turun Buku Syarat Kemasukan Program Akademik Sesi 2019/2020

Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

  • Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00)

Fakulti Kejuruteraan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi) (ZK25)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) (ZK50)
  • Sarjana Muda Penerbangan (ZK61)

Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (ZC00)
  • Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data (Kepujian) (ZC33)
  • Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim (ZG57)

Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

  • Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)
  • Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (ZP45)
  • Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan (ZP58)
  • Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam (ZP63)
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan (ZP64)
  • Diploma Pengurusan Logistik (Z2280)
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan (Z2229)

Pusat Bahasa

  • Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) (ZB03)

Pusat Sains Kejurulatihan

  • Diploma Ketangkasan Pertahanan (Z2038)

PERMOHONAN

Permohonan adalah melalui aplikasi dalam talian kemasukan, Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan pengajian tinggi iaitu upu@mohe.gov.my sebelum keputusan Peperiksaan SPM diumumkan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila layari Laman Web Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sumber :upnm.edu.my