Terokai Kapakaran Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Dunia sekarang, segala informasi dan komunikasi di hujung jari. Dengan keadaan dunia yang masih kritikal dalam usaha membendung dan menghapuskan pandemik Covid-19, segala aktiviti adalah sangat-sangat terhad. Oleh hal yang demikian, saluran atas talian menjadi medium keutamaan untuk individu berhubung antara satu sama lain bagi urusan-urusan rasmi atau tidak rasmi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, bidang ICT menjadi carta utama ataupun satu bidang yang sangat penting ketika kini.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Skop tajuknya sangat luas, ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara mudahnya, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Di Malaysia, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan agenda baharu yang begitu diberikan perhatian.  Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah yang serius untuk menerapkan budaya ICT kepada masyarakat. Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Dalam kehidupan harian kita, tanpa sedar kita tidak dapat berpisah dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kelebihan Penggunaan ICT

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan penting dalam semua aspek dan sudut kehidupan seharian kita. Secara tidak langsung dengan adanya ICT, pelbagai manfaat dan kebaikan telah memudahkan aktivit-aktiviti harian kita.

1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

Guru boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat melalui internet serta menyampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik apabila guru menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar seperti penggunaan powerpoint, whiteboard atau video. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

2. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

Guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif daripada pelajar akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan pelajar akan lebih minat untuk belajar.

3.  Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.


Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya. Proses pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak langsung akan melibatkan guru dan pelajar menggunakan ICT. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi.

4. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar

Guru boleh menggunakan ICT untuk menghasilkan bahan pengajaran yang menarik mengikut minat pelajar. Jadi, guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dengan bantuan ICT. Contohnya, guru boleh menggunakan video untuk pelajar yang lebih suka kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat menarik minat pelajar dan pelajar akan lebih fokus kepada pengajaran guru kerana minat. Jadi, guru akan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan menggunakan ICT dan diaplikasikan mengikut kehendak murid atau kebohupayaan seseorang murid itu.

 

5 .Membantu pengurusan pendidikan

ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi. ICT menolong pihak pengurusan pendidikan seperti sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat.

 

6. Memperoleh pelbagai sumber maklumat

Guru-guru boleh memperolehi maklumat dari pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi. Tujuan utama ICT adalah membantu sesuatu organisasi mencapai matlamat dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi. Informasi ini juga boleh didapati tanpa perlu keluar rumah dan lebih cepat, hanya dengan mengemas kini aplikasi atau sistem, anda akan dapat informasi sebaik sahaja ia di muat naik malah boleh berkongsi data dengan guru lain.

 

7. Dapat jadikan pendidikan dari jarak jauh (PDPR)


PDPR dapat diwujudkan dengan adanya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trend semasa semakin menampakkan pembelajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu. Dengan adanya talian internet, murid boleh belajar dari video yang disediakan oleh guru atau sertai video siarang langsung bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

 

 8. Perdagangan elektronik untuk menjana ekonomi

Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan penyampaian informasi yang lebih cekap. Semua Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna tidak perlu keluar rumah untuk melakukan pemindahan kewangan, menunggu surat, atau berada di sesebuah tempat untuk mendapatkan informasi yang diingini.

 

9. Memudahkan aktiviti perbankan dan pemasaran


Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat, aktiviti perbankan dan pasaran dapat dijalankan. Ini akan member pengaruh besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat.

 

10. Sumber Pendapatan

Individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang ICT mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas serta menjadi rebutan banyak majikan. Selain itu, mereka juga mampu membina kerjaya secara bersendirian dan memperoleh pendapatan yang lumayan dengan mencipta atau menjaga sistem mengikut keperluan masyarakat atau sesebuah industri yang memerlukan.

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat dapat membangun dengan fikiran yang inovatif dan kreatif. Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak memanfaatkan teknologi tersebut terhadap dirinya.

Jika anda berminat dengan bidang ICT dan ingin menjadi seorang pakar ICT atau mereka sistem komputer, mari mengenali lebih tentang bidang ICT bersama kami! Daftar bersama MyCompass sambil meneroka pilihan dan bina masa hadapan anda.