Saya nak jadi Saintis! Apa perlu saya lakukan?

Malaysia mempunyai ramai tokoh saintis yang telah berjaya mengharumkan nama negara serta melahirkan kajian yang menggemparkan. Namun sebegitu, terdapat pelbagai divisyen saints yang berbeza. Jika anda juga bercita-cita untuk jadi saintis tetapi tidak pasti bidang mana yang anda sukai, mari terokai pilihan jurusan tersebut.

Sebelum anda mendaftar untuk sesebuah kurusus, pastikan bahawa bidang mana yang anda mahukan. Terdapat 7 bahagian sains yang berbeza. Ada yang lebih terhadap kehidpan, ada yang lebih terhadap inovasi perubatan dan ada juga kerja yang memboleh anda bekerja di dalam makmal sebagai teknisyen makmal. Saintis harus mempunyai disiplin yang cekal dan harus mempunyai memori yang cergas dan cekap. Sebelum anda terjun ke salah satu jurusan sains ini, banyakkan membaca kajian serta tontoni video dan kemudian fikirkan yang manakah paling anda gemari untuk beajar tanpa rasa terbeban.

 

Sains dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu

  • Astronomi- Ahli astronomi. Kajian planet, bintang dan alam semesta.
  • Ekologi: Bagaimana makhluk hidup dan persekitaran saling mempengaruhi
  • Kimia-Kimia. Kajian bahan, bahan kimia dan tindak balas.
  • Biologi- Mengjaki hidup dan struktur sesebuah spesimen atau kehidupan
  • Geologi- Mengkaji tentang ciri-ciri bumi termasuk fizikal bumi, kimia bumi serta proses-proses yang terlibat semasa pembentukkan atau perubahan bumi
  • Psikologi – Mengkaji tingkah laku serta proses mental yang melatar-belakangi, dan aplikasi dalam kehidupan manusia
  • Fizik –  Mengkaji fenomena fizikal dalam satu julat yang luas menjangkaui semua skala.

 

Apakah Ciri-Ciri Disiplin Seorang Saintis

Antara disiplin para saintis harus praktikkan adalah duduk sendiri dan menumpukan perhatian pada satu topik untuk jangka masa panjang.  Saintis juga perlu mengikut protokol dan prosidur yang ketat untuk memastikan ketepatan ujian atau eksperimen. Kesabaran untuk berjaya boleh memakan masa selama bertahun, dan anda perlu mempuyai motivasi untuk meneruskan kajian dan belajar dari kesilapan jika objektif tidak dicapai. Kejujuran juga merupakan salah satu elemen penting yang perlu diterapkan dan membuat pertimbangan yang adil. Perjalanan untuk menjadi saintis agak sukar dan mencabar, pastikan anda betul betul bertekad untuk berjaya.

 

Subjek yang Anda Perlu Lulus Untuk SPM

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
  • Sains Tambahan

Sesetengah kursus mempunyai subjek di berlainan yang harus lulus atau mendapat skor yang cemerlang untuk di daftar.

 

Apakah kursus yang saya patut memulakan?

Seelok-elok nya pelajar harus mengambil asasi di dalam sains dan kemudian mengambil advance diploma atau pun sarjana ijazah muda. Jika anda sangsi akan jurusan mana untuk dipilih, mengambil asasi sains boleh membuka mata anda untuk belajar asas-asas sains dari pelbagai bidang untuk mendapat pengalaman yang luar dari jagkaan awal tetapi jika anda pasti meminati sesebuah jurusan, ia lebih baik untuk anda terus fokus ke jurusan itu dan mendaftar untuk kursus yang di pilih.

 

Bolehkah saya tukar jurusan selepas Asasi?

Ini bergantung kepada institut yang anda belajar. Ada beberapa jurusan yang berkait rapat tetapi ada juga jurusan yang mempunyai silibus yang berbeza sekali. Kemungkinan anda harus memulakan semester dari awal supaya anda dapat mendalami jurusan tersebut dengan lebih terperinci.