Sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% jumlah keseluruhan kelas.
Pengecualian diberikan bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan:
- Murid berkeperluan khas
- Murid tingkatan 6 atau kelas peperiksaan
- Murid sekolah asrama penuh
- Murid pra sekolah dan tadika
- Sekolah dengan murid yang tidak ramai
Ibu-bapa yang risau akan anak-anak mereka kembali ke sekolah boleh memilih untuk meneruskan PDPR dari rumah. Ibu-bapa hanya perlu menghantar surat pengecualian kehadiran secara bersemuka kepada pihak sekolah. Murid yang bergejala juga tidak dibenarkan ke sekolah.
“Kita memahami jika ada ibu bapa yang berasa takut dan was-was untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah tetapi kami yakin KPM menetapkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) di semua sekolah dan ini perlu dipatuhi semua yang terbabit dalam usaha kita membendung penularan wabak COVID-19.”
Aktiviti sukan dan kokurikulum belum dibenarkan.
Pakaian Seragam

Pelajar dibenarkan untuk tidak memakai pakaian seragam jika pakaian sedia ada sudah tidak lagi muat. Pakaian yang harus dipakai hendaklah kemas, sopan dan serta sesuai ke sekolah. Langkah ini diambil supaya semua murid hadir ke sekolah berasa bersemangat untuk kembali belajar tanpa membebankan ibu-bapa secara kewangan untuk membeli pakaian seragam yang baru. Aktiviti Pendidikan Kesihatan dan Jasmani (PJK), murid disaran untuk memakai pakaian sukan di rumah.