Kejuruteraan Awam

Terdapat pelbagai jenis jurutera yang boleh kita lihat pada masa kini. Jurutera merupakan satu bidang yang sangat luas dan sangat diperlukan dalam mana-mana sektor industri kini.

Kejuruteraan merupakan satu bidang kerjaya yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Rata-rata pelajar apabila ditanya tentang cita-cita akan menjawab ingin menjadi jurutera. Jurutera mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang pekerjaan mereka. Bidang profesional ini memerlukan kemahiran berfikir yang cepat dan tepat dalam membuat sesuatu keputusan. Tanggungjawab sebagai seorang jurutera juga sangat besar kerana mereka memainkan peranan penting dalam sesuatu projek.

Untuk menjadi seorang jurutera anda perlu melalui beberapa peringkat pengajian. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anda boleh memilih kerjaya yang anda inginkan. Kebiasaannya selepas SPM pelajar akan melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau terus ke Program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam mahupun swasta.Oleh itu, kepada yang berminat untuk menjadi jurutera sila pilih institut yang menawarkan bidang kejuruteraan yang anda minat.

Apa itu Kejuruteraan Awam?

Kejuruteraan Awam ialah satu disiplin profesional kejuruteraan yang melibatkan kerja rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan persekitaran yang terbina secara semulajadi. Kerja-kerja yang terlibat adalah seperti jambatan, jalan raya, terusan, empangan, dan bangunan. Kejuruteraan awam adalah disiplin kejuruteraan yang paling lama selepas kejuruteraan ketenteraan.

Berikut adalah senarai di antara Universiti Awam dan Politeknik yang ada menawarkan program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam:

Universiti Awam

  1. UTHM
  2. UITM
  3. UMP
  4. UTM Space

Politeknik

  1. Politeknik Ungku omar
  2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  3. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  4. Politeknik Kota Bharu
  5. Politeknik Kuching
  6. Politeknik Merlimau
  7. Politeknik Sultan Azlan Shah
  8. Politeknik Mukah Sarawak
  9. Politeknik Port Dickson
  10. Politeknik Kota Kinabalu
  11. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  12. Politeknik Melaka
  13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  14. Politeknik Tuanku Sultan Bahiyah
  15. Politeknik Sultan Idris Shah
Di bawah kejuruteraan awam terdapat pecahan disiplin antaranya termasuklah:
  1. Kejuruteraan Persekitaran
  2. Kejuruteraan Geoteknik
  3. Kejuruteraan Struktur
  4. Kejuruteraan Lebuh Raya
  5. Kejuruteraan Sumber Air
  6. Kejuruteraan Pantai
  7. Ukur Tanah
  8. Kejuruteraan Pengangkutan
  9. Kejuruteraan Pembinaan

Sinopsis Diploma Kejuruteraan Awam

  1. Program ini direka bentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan ilmu teoritikal, kemahiran teknikal dan melatih pelajar untuk berfikir seperti seorang jurutera awam.
  2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kampus dan di luar kampus seperti di tapak bina yang meliputi skop kerja sebagai jurutera awam. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan perkerjaan serta penjagaan alam sekitar.
  3. Pelajar didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang jurutera seperti kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar. Aspek komunikasi amat penting sebagai jurutera kerana ia merupakan satu kerjaya yang mementingkan semangat berpasukan dalam menjayakan sesuatu projek.
  4. Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan (bergantung kepada universiti) sebelum menamatkan pengajian.

Prospek Kerjaya Kejuruteraan Awam

Berikut merupakan prospek atau kerjaya yang pelajar jurusan diploma kejuruteraan awam boleh ceburi setelah tamat pengajian:

  1. Penolong Jurutera
  2. Penyelia Tapak
  3. Kerani Kerja Tapak
  4. Pembantu Penyelidik
  5. Kontraktor Pembinaan
  6. Pembekal Bahan Binaan
  7. Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pembantu Teknik
  8. Penyelaras Bahan Binaan
  9. Pembantu Teknik

sumber: upuonline.com