Destinasi Para Bakal Pendidik

Saya nak jadi cikgu besar nanti! Cikgu ataupun guru menjadi rebutan dan sebutan kepada para kanak-kanak sekolah. Hal ini demikian kerana, minat serta perkenalan awal dengan seorang insan yang istimewa bergelar guru di sekolah membuatkan kanak-kanak menjadikan guru sebagai contoh teladan yang pertama sebagai impiannya di masa depan kelak.

Minat adalah suatu aspek yang penting dalam melakukan sesuatu dengan berjaya. Sebagai contoh, seseorang mampu menjadi seorang doktor yang berjaya kerana dia mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia perubatan sehingga menjadikan dia seorang doktor yang mampu merawat pesakit. Begitu juga dengan minat terhadap kerjaya guru. Seseorang bakal guru seharusnya menanam minat yang mendalam terhadap kerjaya guru. Hal ini bagi memastikan seseorang bakal guru dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Perkongsian panduan buat lepasan SPM yang berminat untuk menjadikan profesion guru atau cikgu sebagai kerjaya masa depan. Jangan lepaskan peluang ini!

Syarat kemasukan IPG Terkini

Berikut adalah syarat dan kelayakan asas beserta syarat pengkhususan permohonan kemasukan ke IPG tahun 2020 buat panduan calon lepasan SPM/ setaraf yang ingin memohon.

Syarat dan kelayakan asas permohonan

  • Calon Perdana

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau 30 Jun 2000
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah perperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris dan
  3. Sejarah
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan
  • Calon Murid Berkeperluan Khas (MBK)

  • Umur tidak melebihi 22tahun pada 30 Jun 2020
  • Sihat tubuh badan tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakhluk Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Bil 2/2017
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Boleh mengurus diri sendiri
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian di peringkat SPM dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Sekurang-kurangnya lulus di peringkat SPM mata pelajaran Sejarah
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Calon yang tidak layak memohon IPG

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program PISMP atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institut-institut pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Instityt Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Bidang pengkhususan untuk pendidikan rendah (SK/ SJKC/ SJKT) yang ditawarkan buat calon di IPG:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sejarah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

Prosedur Kemasukan

Untuk memohon, calon perlu mengikuti langkah dan proses seperti berikut:

  • Pembelian No Pin ID UPU di BSN
  • Permohonan secara online di UPUonline
  • Ujian kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Ujian Amali (Bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Muzik dan Pendidikan Islam
  • Temuduga
  • Pemilihan dan penawaran

Apa itu PISMP/PPISMP?

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Untuk sekolah Menengah, pelajar perlu memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA) melalui permohonan UPU online.

Pemohon yang berjaya adalah dikehendaki mengikut Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawrakan untuk mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

5 sebab IPG menjadi pilihan

1. Elaun bulanan
Selain elaun bulanan terdapat juga elaun-elaun lain.Paling best sekali, tak perlu buat pinjaman PTPTN untuk belajar

2. Kemudahan asrama
Bila masuk IPG, tak payah susah-susah nak fikir pasal rumah sewa semua. Sebab tempat tinggal memang dah disediakan untuk kau tinggal sepanjang tempoh pengajian.

3. Suasana pembelajaran
Di IPG, akan ditempatkan di dalam satu kelas seramai 20++ orang. Kelas tu akan menjadi kelas tetap anda selama 5 tahun setengah!

4. Jaminan pekerjaan
Anda kena tahu yang kau sebenarnya dah selangkah ke alam pekerjaan. Walaupun kalau perjalanan kau untuk habis pengajian tu lama lagi, tapi kau dah kena bersedia untuk bekerja sebagai guru

5. Waktu cuti
Jika nak dibandingkan cuti pelajar IPG dengan universiti, sudah tentu ketara sekali perbezaannya.  Pelajar-pelajar IPG bercuti mengikut waktu cuti sekolah sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Kalau sekolah cuti, kau pun akan tetap cuti sekali.