Apakah Perkara Yang Harus Dilakukan Dengan Duit Bantuan?

Selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan sejak Mac 14, ramai rakyat Malaysia terjejas dari secara ekonomi. Ada yang kehilangan kerja dan ada juga perniagaan tidak boleh dijalankan. Kementerian negara telah memberi bantuan kepada semua rakyat Malaysia supaya mereka dapat membeli barangan yang penting kepada diri sendiri dan keluarga,

Duit bantuan ini haruslah digunakan untuk perkara yang penting. Kita tidak boleh menjangkakan apakah yang akan terjadi 6 bulan di hadapan jika masalah Covid-19 masih tidak dapat dibendungkan. Berikut adalah beberapa tips untuk menggunakan diot bantuan ini demi keselesaan diri anda terutama ketika dalam kepayahan.

 

1. Membeli atau menambah polisi insurans/takaful

Walaupun negara Malaysia mempunyai salah satu penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia, kita tidak boleh menjangkakan bila kita akan sakit kritikal atau kehilangan kerja. Terdapat banyak polisi insurans yang boleh diambil seperti lindungan penyakit kritikal dan juga perlindungan gaji. Apabila anda sakit dan harus diwad kan, ia lebih selesa untuk dirawat di hospital swasta dan memberi peluang untuk orang yang tidak mampu dirawati di hospital kerajaan terutama sekali terlalu ramai yang sedang dirawati pada musim pandemik Covid-19 ini. Polisi perlindungan gaji juga dapat mempapas kembali gaji untuk tempoh tertentu sehingga anda berjaya mencari kembali kerja baru.

 

2. Membayar hutang dan bil yang lama tertangguh

Jika anda mempunyai bil-bil yang lama tidak dibayar, gunakan duit bantuan ini untuk melangsaikan hutang sepertik kredit kad. Jika pembayaran hutang anda mendapat merit yang baik, ia lebih senang untuk anda mengambil pinjaman dari pihak bank. Melangsaikan hutang juga mendapat membuat dada rasa lebih lapang dan tidak berasa runsing memikirkan hal hutang.

 

3. Membeli barangan pekerjaan atau sekolah

Tambahkan kualiti pembelajaran atau kerja dengan menaik taraf barangan elektronik yang diperlukan untuk membuat kerja. Sebagai contoh, webcam untuk berkomunikasi dalam persidangan atau menambahkan RAM kedalam komputer supaya kerja menjadi lebih laju lalu mengurangkan pembaziran masa ketika membuka aplikasi atau atau save’ kerja tersebut.

 

4. Membuat nota bajet

Membuat perancangan bajet kewangan

Membuat perancangan bajet kewangan

Tulislah sebuah nota bajet yang perlu diguna untuk waktu tempoh yang akan datang dan simpankan sehingga wang tersebut perlu digunakan untuk urusan penting. Membuat nota berapa duit yang disimpan dan digunakan juga akan membuat anda sedar berapa banyak duit yang telah dibelanjakan, lalu lebih senang untuk meramal berapa banyak lagi wang yang akan digunakan kelak.

 

5. Melabur duit ke dalam ASB atau simpanan.

Jika anda mempunyai duit simpanan lebihan, simpan lah di dalam bank atau membuka simpanan ASB. Sekurang-kurangnya dividen akan bertambah kian hari dan akan menjadi berguna ketika waktu terdesak. Menyimpan wang di dalam akaun simpanan juga membuat kita kurangkan ‘impulse buying’ apabila terdapat wang lebihan di dalam tangan.

 

6. Modal perniagaan sementara

Jika anda tidak mempunyai sebarang kerja dari rumah dan hanya duduk bergoyang kaki, gunakan duit bantuan ini untuk membuat perniagaan kecil dari rumah, contoh membuat kuih atau makanan, membuat kraf atau mengubah suai perabot lama menjadi cantik untuk dijualkan. Anda juga boleh menggunakan duit ini untuk ‘boost’ iklan di sosial media supaya mendpat perhatian orang ramai tentang perniagaan anda.

 

7. Elakkan membeli barangan mewah

Duit bantuan ini bukanlah untuk anda membeli barangan dari Lazada atau Shopee termasuk memesan makanan mahal. Elakkan pembaziran membeli barangan yang tidak penting buat masa kini kerana kita tidak akan mengetahui berapa lama tempoh PKP akan dilaksanakan.