Jika anda meminati rancangan jenayah dan undang undang menegakkan keadilan seperti CSI, Law School, Sherlock Holmes dan ingin menjadi seorang yang merungkai misteri dan menegakkan keadlian, Kriminologi dan Undang-undang Jenayah adalah bidang yang paling sesuai dengan anda.
Memilih sebarang pekerjaan dalam bidang Kriminologi dan Undang-Undang Jenayah akan memberi anda perasaan pemberdayaan untuk membantu orang lain dan memastikan komuniti lebih selamat.
Walaupun kedua-dua Kriminologi dan Undang-undang Jenayah menangani penjenayah dan jenayah, kerjaya-kerjaya dalam bidang ini memfokuskan pada aspek yang berbeza. Sebelum memilih kursus dan jalan kerjaya, ianya penting untuk mengetahui perbezaan ini. Dengan mempertimbangkan pelbagai pilihan kerjaya keadilan jenayah yang tersedia untuk anda dapat membantu membuat pilihan yang tepat mengenai tujuan pendidikan dan pekerjaan anda.
Kursus: Kriminologi
Tempoh: 4 tahun
Sama ada bekerja bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau secara persendirian, kerjaya ini dilakukan untuk mencari maklumat atau informasi tertentu yang mencurigakan. Detektif atau penyiasat akan melakukan temu ramah dengan orang awam untuk mengumpulkan maklumat dan mengenal pasti corak serta bukti.
Antara cara lain untuk selidik maklumat, melalui internet atau menggunakan sumber untuk mengetahui lebih lanjut mengenai suspek yang disiasat. Mereka juga lakukan pengawasan seperti mengikuti suspek, membuat rakaman dan aktiviti yang dilakukan. Mereka turut membuat laporan dan memastikan pelanggan atau pihak PDRM sentiasa mengetahui perkembangan dan penemuan penyiasatan
Kursus: Psikologi
Tempoh: 4 tahun
Ahli psikologi jenayah mengkaji mengapa orang melakukan jenayah. Mereka juga boleh menilai penjenayah untuk menjangka gerak seterusnya untuk mengurangkan risiko kejadian jenayah tersebut.
Ahli psikologi jenayah dikehendaki membuat profil pesalah, juga dikenali sebagai profil jenayah untuk memberi penilaian psikologi terhadap suspek dan memberi strategi dan cadangan yang boleh digunakan dalam proses temu ramah oleh PDRM atau badan siasatan tertentu.
Kursus: Kriminologi
Tempoh: 4 tahun
Pegawai Narkotik berusaha untuk mencegah penjualan, pengedaran, dan penggunaan ubat-ubatan terlarang. Ini termasuk siasatan mengenai pengedaran dadah dan juga pemilikan.
Beberapa tugas dan sumber daya merangkumi pengawasan, unit K9, pengawasan dan penyamaran untuk mengenali sindiket-sindiket yang sedang rancak. Unit ini juga akan membuat pengoperasian di tempat kejadian untuk menangkap mereka yang mengedar narkotik
Kursus: Kriminologi
Tempoh: 4 tahun
Penyiasat adegan jenayah atau forensik akan bekerjasama dengan pihak polis dan menghadiri tempat kejadian. Selain daripada memelihara tempat kejadian dari dicemari oleh orang luar, mereka juga mencari bukti yang boleh digunakan dalam kes jenayah. Pelbagai jenis bukti akan dikumpulkan dan disusun lalu menulis laporan mengenai penemuan dan kesimpulan yang diperolehi.
Kursus: Kriminologi
Tempoh: 4 tahun
Pakar Pencegahan Jenayah bekerjasama dengan komuniti untuk membantu mereka menentukan strategi dan cara untuk mencegah jenayah di kawasan tersebut. Tanggungjawab mereka termasuk membuat cadangan mengenai cara masyarakat dapat lebih siap untuk melakukan jenayah serta cara untuk memastikan atau menerapkan keamanan yang lebih dapat diandalkan, seperti pengawasan kejiranan.
Kursus: Undang-undang
Tempoh: 5 tahun
Seorang peguam jenayah mewakili atau membela klien yang menghadapi tuduhan jenayah semasa perbicaraan di mahkamah. Mereke lebih menekankan kod jenayah dan undang-undang prosedur. Mereka juga menjalankan siasatan serta temu ramah saksi untuk mempersiapkan pembelaan. Antara tanggungjawab seorang peguam penjenayah termasuk draf, failkan, dan bantah usul dan banding untuk rundingkan tuduhan yang lebih rendah dengan pihak pendakwaan.
Kursus: Sains Forensik
Tempoh: 5 tahun
Berbeza dari ahli forensik yang turun padang ke kawasan kejadian jenayag, pakar forensik menyiasat bukti-bukti yang dijumpai dan dikumpul di adegan kejadian dengan lebih mendalam. Mereka menghabiskan masa lebih di dalam makmal forensik dan mahir dalam bidang kimia serta biologi. Selain keperluan pendidikan umum, pelajar harus mahir dalam kerja kursus tambahan dalam penyiasatan jenayah.
Kursus: Kriminologi
Tempoh: 4 tahun
Untuk berkerja bersama PDRM sebagai pegawai polis untuk menegakkan undang-undang di peringkat tempatan, negeri, atau persekutuan sambil melindungi nyawa warganegara. Beberapa tanggungjawab mereka merangkumi kawasan rondaan untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan, menjawab panggilan mengenai jenayah, aduan dan aktiviti yang mencurigakan, melaporkan kejadian, mengeluarkan saman dan membuat penangkapan.