7 Rancangan Fantasi Anime Penuh Dengan Fakta Sains

Jika anda sukakan animasi Jepun (Anime) dan jalan penceritaan yang menarik, di sini kami ada beberapa siri fantasi yang dipenuhi dengan fakta-fakta sains yang tepat dan relevan kepada hidup harian kita! Salin dapat menghiburkan diri, mari kita menambah pengetahuan dengan cara yang menyeronokkan!

1. Cells At Work

Cells At Work berlatarkan sel-sel di dalam badan manusia berfungsi untuk hidup. Bagi mereka yang susah mengingatkan biologi manusia, anime ini menunjukkan kisah bagaimana sesebuah organ dan sel-sel berfungsi dan berkerjasama sekali dalam sebuah komuniti. Lukisan karakter yang unik dan comel bersama jalan cerita yang menarik pasti membuat anda mengingati tentang diri anda sendiri! Malah ramai pakar seperti doktor dan saintis membuat video reaksi mengatakan ia amat menghiburkan dan fakta-fakta yang digunakan adalah tepat dari segi saintifik!

2. Dr. STONE

Dr.Stone adalah sebuah anime mengisahkan seorang remaja Stone yang amat meminati sains dan kimia telah keras menjadi batu apabila dunia deserang wabak yang hampir menyebabkan kiamat.

Stone akhirnya berjaya keluar dari formasi batu selepas beratus tahun dan bangun di zaman yang tidak dikenali. Dr. Stone kemudian cuba untuk hidup dengan menggunakan alam sekeliling dan sains kimia untuk mengharungi masalah harian. Walaupun kisah cerita ini berlatarkan fantasi, pengunaan sains, fizik dan kimia adalah tepat dan akan membuat anda terpegun bagaimana cara-cara ini masih digunakan pada zaman sekarang di dalam pelbagai industri.

3. How Heavy Are the Dumbbells You Lift?

Nak kurus? Badan mantap? Bermula sahaja anime ini, anda sudah pelajari tentang berapa kalori makanan yang anda ambil akan impak berat badan anda. Anime ini berlatarkan kisah seorang gadis yang ingin menurunkan berat badan lalu menyertai kelab bina badan. Terkejut beliau apabila dia mengetahui bahawa ‘bersenam’ adalah lebih dari menurunkan berat dan membina badan untuk menjadi sasa, anda turut akan pelajari tentang anatomi otot dan badan selain dari menegnali nutrient makanan sambil menjaga badan yang sihat.

4. Moyashimon

Tadayasu Sawaki pelajar baru di ‘Universitiy of Agriculture’ (Pertnian), seorang ahli bioteknologi makanan baru, dapat melihat dan berkomunikasi dengan mikroorganisma yang comel. Ada bakteria yang baik, ada bakteria yang jahat. Jjika anda boleh melihat mikroorganisma, apa yang akan anda lakukan? Pelajari banyak tentang mikroorganisma seperti seperti kulat, bakteria virus yang berada di sekeliling kita sekarang.

5. Beautiful Bones 

Sakurako Kujou cinta akan tulang sejak kecil dan membesar menjadi seorang ahli pakar forensik yang mempunyai kemampuan menganalisis spesimen. Ikuti Sakurako menyelesaikan misteri-misteri jenayah bersama pembantunya disulami dengan visual yang menarik. Di akhir siri ini anda akan mempelajari banyak tentang latar kerja forensik dan anatomi tulang manusia serta binatang.

6. Comical Psychosomatic Medicine

Bagaimana rasanya untuk berkerja di klinik psikologi? Ikuti ahli psikologi Ryō dan jururawatnya yang ceria Asuna menjelaskan banyak aspek penyakit mental kepada penonton dan belajar tentang bagaimana otak kita berfungsi di dalam kehidupan harian bersama dalam komedi yang lawak ini. Pelbagai masalah dibincangkan mengenai mental seperti kemurungan, bercinta dan banyak lagi topic menarik untuk diterokai.

7. Planetes

Planetes menceritakan tentang kehidupan pada tahun 2075 AD dimana manusai telah pun mula menawan angkasa sebagai salah satu ruang kehidupan. Walaupun sebegitu, pelbagai serpihan semakin bertambah d ruang angkasa dan perlu dibersihkan supaya tiada kemalangan akan berlaku. Ikuti perjalanan para pembersih menjalankan tugas mereka yang sering dipandan rendah demi mengekalkan kualiti kesalamatan orang ramai yang berulang alik antara bumi dan bulan. Planetes adalah satu daripada anime drama fiksyen sci-fi ilmiah di luar sana yang lebih berlandaskan realisme dari komedi dan mempunyai karakter-karakter yang akan membuka hati dan mata anda.

Menarik bukan siri-siri yang di tuliskan? Yang manakah anda sudah tengok dan yang mana anda akan masukkan dalam senarai ‘akan tengok’ nanti? Kami berharap anda dapat belajari perkara baru sambil terhibur sekali!