407,097 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia 2021

Seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dari 2 hingga 29 Mac ini.

Kementerian Pendidikan melantik 50,514 pengawas peperiksaan di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon diingatkan untuk membawa bersama kad pengenalan dan slip peperiksaan. Calon-calon juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard yang dituliskan dalam Garis Panduan Pengurusan Penilaian Pusat dan Peperiksaan Awam.

ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Sebelum peperiksaan dimulakan, calon hendaklah:

  1. Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
  2. Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
  3. Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

AMARAN DI DEWAN PEPERIKSAAN

Calon adalah tidak dibenarkan untuk:

  1. Melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.
  2. Keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.
  3. Mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  4. Memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
  5. Merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
  6. Membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.


Kementerian juga ingin mengingatkan calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun dari www.lp.moe.gov.my atau portalmalaysia.com.

 

Sumber: MSN Malaysia UPUonline, HelloKerja