10 Soalan Temuduga Kerja Yang Paling Selalu Ditanya.
Kena Tahu Supaya Tak Kalut Nanti!
“Baju dah siap, Sijil-sijil dan dokumen pun dah siap susun. Hmmm… Apa agaknya diorang nak tanya masa temuduga esok ya?”
1. CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI ANDA
Soalan penting dan merupakan “First Impression” bakal majikan terhadap anda
Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda. Jadi, antara yang panel nak dengar adalah:
Pencapaian
Bakat istimewa
Keunikan anda
Elakkan bercerita tentang perkara remeh seperti hobi atau minat yang tiada kena mengena dengan kerja yang dimohon.
2. KENAPA NAK BEKERJA DI SINI?
Nampak “simple” tapi, ni soalan “tricky”
Jawapan anda mencerminkan pengetahuan anda tentang jawatan yang ditawarkan atau syarikat yang dimohon.
Ambik tahu tentang syarikat dan skop kerja yang anda hadir untuk temuduga.
3. PERANAN DI TEMPAT KERJA DAHULU
Ceritakan secara spesifik dan positif pengalaman kerja anda yang terdahulu.
Kaitkan pengalaman dan jawatan yang dimohon kerana panel dapat menilai pangalaman dan kematangan diri anda
Yakinkan panel dengan kemahiran serta kebolehan yang anda miliki
Tidak perlu menipu tentang kemahiran dan kebolehan anda
4. APA YANG DILAKUKAN SEMASA MENGANGGUR
Tak mengapa rezeki masing-masing. Cuma jangan biarkan bakal majikan menganggap anda membuang masa selama tempoh itu.
Berikan alasan yang bermanfaat seperti melakukan kerja part time atau menjaga ibu bapa.
5. APAKAH KELEBIHAN ANDA JIKA DIBERI JAWATAN INI
Berdasarkan resume, panel dah tahu latar belakang diri anda. Soalan ini adalah untuk melihat keyakinan anda menyatakan mengenai diri anda sebagai bukti kepada mereka
Tak perlu ‘gebang’ jika tiada pengalaman, namun yakinkan panel yang anda mahu belajar dan melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang.
6. EXPECTED SALARY
Boleh research dan tengok gaji semasa bagi jawatan yang dipohon. Gaji juga bergantung pada lokasi pejabat.
Tak salah nak minta gaji yang tinggi, tapi biarlah berpadanan dengan skil, kemahiran serta etika kerja yang dimiliki.
7. CARA MENANGANI STRES
Majikan nak tahu juga kebolehan seseorang untuk bekerja dalam keadaan yang tertekan atau stres.
Contoh jawapan yang baik :
“Saya cuba fokus pada tindakan yang perlu diambil untuk mengawal situasi tersebut. Dengan cara ini, rasa bimbang dapat diatasi dan stres dapat dicegah.”
“Secara peribadi, saya melegakan tekanan dengan mengamalkan riadah beberapa hari seminggu.”
8. CONTOH SITUASI KERJA MENCABAR DAN CARA MENANGANINYA
Soalan ni tiada jawapan salah atau betul sekadar melihat keadaan anda berhadapan situasi sukar.
Ia juga dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang cara anda bertindak dalam keadaan kritikal jika diambil bekerja pada masa hadapan.
Berikan contoh keadaan yang bersesuai dan tindakan anda yang memberi impak yang berkesan dan positif.
9. KENAPA NAK BERPINDAH TEMPAT KERJA
Jika anda berhenti kerja dahulu atas keinginan sendiri, dipecat mahupun diberhentikan, berikan jawapan yang jujur dan profesional.
Kalau nak selamat, tak perlu ulas panjang. Cuma nyatakan perancangan masa depan anda untuk memulakan karier baru di tempat kerja tersebut.
10. PERANCANGAN MASA HADAPAN
Kaitkan matlamat masa depan yang dirancang dengan syarikat tersebut. Contohnya anda ingin menduduki peperiksaan profesional atau terlibat dengan projek mega.
Menunjukkan minat anda untuk membina karier dan mahu berkhidmat lama di syarikat tersebut.
Sehebat dan sedalam mana jua pengalam serta pengetahuan anda, jangan lepaskan peluang jika anda dipanggil temuduga buatlah persediaan terlebuh dahulu. Dengan adanya persediaan diri anda akan lebih berkeyakinan dan tidak mengelabah dihari kejadian kelak.